Tuesday, 21 August 2012

Format RPH KSSR

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA

Tarikh
9 Februari 2012
Tahun
2 Usahawan
Bilangan murid
25 orang
Masa
7.30 – 8.30 pagi
Tema
Pertanian
Tajuk
Ayam
Standard Kandungan
3.3  Membina dan menulis perkataan, frasa, dan ayat dengan
       betul

Standard Pembelajaran
3.3.4 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk
         berdasarkan bahan grafik dengan betul.
Objektif
Pada akhir pembelajaran, murid dapat membina dan menulis ayat tunggal berdasarkan gambar bersiri dengan struktur ayat tunggal dengan betul.
Pengisian Kurikulum
Ilmu   : Sains
Nilai   :  Bersyukur
Peraturan Sosiobudaya  : 
EMK  :  Kreativiti dan inovasi – penjanaan idea
          :  Keusahawanan – sedar tentang peluang perniagaan
          :  TMK – belajar melalui TMK
KB     :  Banding beza
KBT   :  Kecerdasan Pelbagai 
Pengetahuan Sedia Ada
Murid  telah mengenali ayam secara umum.
Sistem Bahasa
Sintaksis : Ayat Tunggal
Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP)
i. Gambar
ii. Komputer
iii. Carta tukar ganti








Langkah/ Masa
Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Induksi Set
(5 minit)
Teka-teki tentang ayam
1.    Guru  membaca teka-teki dan meminta murid menjawab.
2.    Murid meneka dan guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.


Langkah 1
(10 minit)
Kitaran ayam:

menge
ram
menetas
anak ayam
ayam
telur

1.    Murid meneliti gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2.    Guru menerangkan tentang gambar tersebut.
3.    Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar  tersebut secara lisan.
4.    Guru membimbing murid semasa membina ayat tersebut.

BSPP:
Gambar kitaran ayam.
Kaedah Induktif
Langkah 2
(15 minit)
Contoh Ayat Tunggal :
1.    Ini telur ayam.
2.    Ayam mengeramkan telurnya.
3.    Telur ayam itu menetas.
4.    Ini anak ayam.
Struktur Ayat Tunggal:
1 S + 1P
( 1 benda + 1 cerita)
1.    Murid menulis ayat yang dibina berdasarkan gambar tersebut.
2.    Guru menunjukkan  contoh ayat yang betul strukturnya dan meminta murid membandingkan ayat yang mereka tulis.
3.    Guru menerangkan struktur ayat tunggal berdasarkan ayat tersebut.

KB – Banding Beza
KP – verbal linguistik
Langkah 3
(15 minit)
Pentaksiran Contoh  ayat :
1.    Ayah membeli ayam.
2.    Ayam ada di pasar.
3.    Ayam dijual dipasar.

1.    Murid membina  ayat tunggal berdasarkan gambar (slide) dan carta tukar ganti yang di sediakan di komputer.
2.    Murid menyalin ayat yang dibina dalam buku tulis.
BSPP:
Gambar tentang proses jual beli ayam.
ENT : TMK
EK : Sedar tentang peluang perniagaan.
Langkah 4
(10 minit)

Pengayaan
1.    Murid menyambung ayat yang dibina dalam langkah 3 supaya menjadi satu perenggan pendek.

Pemulihan
1.    Murid menyusun perkataan yang diberi supaya menjadi ayat tunggal.

Penutup
(5minit)
Penutup Kognitif :

Penutup Sosial :
Menyedarkan murid tentang nikmat ciptaan Allah.
Murid menyatakan makanan berasaskan ayam yang mereka gemari.




No comments:

Post a Comment