Monday, 20 June 2016

Nota Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

FONETIK BAHASA MELAYU: KONSONAN


Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Bunyi konsonan dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain.
Letupan  Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.
Bunyi Letupan
Fon     Awal              Akhir
[p]       [pulau]           [atap]
[b]       [bumi]            [rəbab]
[t]        [talam]           [liat]
[d]       [datu?]           [kad]
[k]       [kata]             *
[g]       [garau]           [beg]
[?]       **                   [ana?]
*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu.
**bunyi [?] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu.
Letusan  Selain itu, sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].
Sengauan Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [N], dan [J].
Sisian  Hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].
Geseran  Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan [h].
Malaran  Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y].

Getaran Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].

 

Bunyi Letusan

[č]                   [cawan]         [mač]
[j]                    [jam]              [caj]

Bunyi Sengauan
[m]                  [muda]           [cium]                  
[n]                   [niat]              [jalan]
[N]                  [NaNa]          [bujaN]
[J]                   [JaJi]             *

*Bunyi [J] tidak dapat hadir pada akhir suku kata.

Bunyi Sisian

[l]                    [lalu]              [awal]

Bunyi Geseran

[f]                    [faseh]           [alaf]
[v]                   [ven]               *
[s]                    [sarat]            [awas]
[z]                   [zat]                [lafaz]
[š]                    [šarat]            [skuaš]
[h]                   [harta]            [sah]

Bunyi Getaran

[r]                    [rasa]             [siar]

Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h].

Transkripsi fonetik merakamkan bunyi bahasa setepat mungkin ke dalam bentuk tulisan. Ini membantu pelajar bahasa memahami sebutan sesuatu bahasa dengan lebih jelas dan tepat terutama dalam pembelajaran bahasa kedua. Selain itu, transkripsi fonetik memudahkan pengkaji bahasa mengenal pasti bentuk dan jenis bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu kelompok masyarakat.

Transkripsi fonetik yang digunakan hari ini berdasarkan Carta Abjad Fonetik Antarabangsa yang dikeluarkan oleh The International Phonetics Association yang ditubuhkan oleh ahli fonetik Eropah pada awal tahun 1886. Lambang-lambang ini sudah banyak kali mengalami pengubahsuaian serta digunakan dengan meluas dalam bidang transkripsi.

CARTA KONSONAN MELAYU

Cara Sebutan

Daerah Sebutan
Bibir
Gusi
Gusi-L Keras
Lelangit  Keras
Lelangit Lembut
Pita Suara


1
2
3
4
5
6
Letupan
tb
p
t


k
?
b
b
d


g
Letusan
tb


č



b


j



Sengauan
b
m
n
J

N

Geseran
tb
f

s
š
x
h
b
v

z


Getaran
b

r




Sisian
b

l




Separuh Vokal
b
w

y



tb = tak bersuara   b = bersuara


KONSONAN PINJAMAN

[f]  Geseran bibir-gigi tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara ini, bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’, [hafal] ‘hafal’, dan [ma?af] ‘maaf’.
[v]  Geseran bibir-gusi bersuara. Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan. Contoh sebutan: [vOkal] ‘vokal’, [vərsi] ‘versi’, dan [univərsiti] ‘universiti’.
[qGeseran gigi tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran gigi tak bersuara ini, daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [qalaqa] ‘Selasa’ (thalatha), [iqnen] ‘Isnin’ (Ithnin), dan [hadeq] ‘hadis’ (hadith).
[ð]  Geseran gigi bersuara. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim), dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir).
[x]  Geseran lelangit lembut tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’, [axbar] ‘akhbar’, dan [axer] ‘akhir’.
[7Geseran lelangit lembut bersuara. Cara mengeluarkan geseran lelangit lembut bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [7] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [7aeb] ‘ghaib’, [lo7at] ‘loghat’, dan [bale7] ‘baligh’. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [O7aN] dan [ba7aN] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r].

GLOSARI
diftong (diphthong) Gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau.
fonem (phoneme) Unit terkecil abstrak yang membezakan makna, jika berdasarkan fungsi. Contohnya, /palaN/ palang dan /galaN/ galang, /p/ dan /g/ dianggap dua fonem yang berbeza.
fonem penggalan (segmental phoneme, linear phoneme) Fonem yang terhasil daripada analisis pertuturan kontinum kepada penggalan yang bererti. Contohnya, /m/ /a/ /t/ /a/ /N/ matang.

MIAR
16 November 2001, kemas kini 6 September 2006
















KONSONAN ASLI DAN PINJAMAN

Konsonan ialah bunyi ini dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan ini dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Bunyi konsonan dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain.
Bunyi Letupan
Fon   Awal           Akhir
[p]     [pulau]       [atap]
[b]     [bumi]        [rEbab]
[t]      [talam]       [liat]
[d]     [datu?]        [kad]
[k]     [karo§]       *
[g]     [garau]       [beg]
[?]     [ana?]
*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. Bunyi [?] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu.

Bunyi Letusan

[č]               [cawan]        [mač]
[j]               [jam]           [caj]

Bunyi Sengauan
[m]             [muda]        [cium]             
[n]              [niat]          [jalan]
[j]              [jajI]         *
[§]             [§a§a]       [buja§]
*Bunyi [j] tidak dapat hadir pada akhir suku kata.

Bunyi Sisian

[l]               [lalu]           [awal]

Bunyi Geseran

[f]               [faseh]         [alaf]
[v]               [ven]           *
[s]               [sarat]          [awas]
[z]               [zat]            [lafaz]
[š]               [šarat]          [skuaš]
[h]              [harta]         [sah]

Bunyi Getaran

[r]               [rasa]           [siar]

CARTA KONSONAN MELAYU
Daerah Sebutan

Bibir
Gusi
Gusi-Lelangit Keras
Lelangit  Keras
Lelangit Lembut
Pita Suara
Cara Sebutan


1
2
3
4
5
6
Letupan
tb
p
t


k
?
b
b
d


g
Letusan
tb


č



b


j



Sengauan
b
m
n

j
§

Geseran
tb
f

s
š
x
h
b
v

z


Getaran
b

r




Sisian
b

l




Separuh Vokal
b
w

y




tb = tak bersuara   b = bersuara
ISU
1.  Bunyi [h] bersuara atau tidak bersuara?
2.  Apakah lambang separuh vokal gusi=lelangit keras: [j] atau [y]?
Dalam Carta Persatuan Fonetik Antarabangsa … Kamarudin, Siti Hajar dan Arba’ie (1997) menggunakan lambang
Konsonan  Bunyi ini dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan ini dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Bunyi konsonan dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain.
        Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan seperti yang berikut.
Fon     Awal              Akhir
[p]       [pulau]           [atap]
[b]       [bumi]            [k@bab]
[t]        [talam]           [liat]
[d]       [datu?]           [kad]
[k]       [karuŋ]           *
[g]       [garau]           [beg]
[?]       **                   [ana?]
*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu.
**bunyi [?] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu.
Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan menghasilkan bunyi sengauan (nasal). Bunyi sengauan terhasil dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Hal ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi yang berikut:
Fon     Awal              Akhir
[m]      [muda]           [dalam]
[n]       [nila]               [jalan]
[J]       [JaJi]             -
[N]      [NaNa]          [bujaN]




 

KONSONAN MELAYU

Susunan Mohd. Isa bin Abd. Razak

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Bunyi konsonan dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain.
Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h].

CARTA KONSONAN MELAYU

Daerah Sebutan

Bibir
Gusi
Gusi-Lelangit Keras
Lelangit  Keras
Lelangit Lembut
Pita Suara
Cara Sebutan


1
2
3
4
5
6
Letupan
tb
p
t


k
?
b
b
d


g
Letusan
tb


č



b


j



Sengauan
b
m
n

¢

Geseran
tb
f

s
š
x
h
b
v

z


Getaran
b

r




Sisian
b

l




Separuh Vokal
b
w

y



tb = tak bersuara   b = bersuara
Nota: Transkripsi fonetik ini berdasarkan Carta Abjad Fonetik Antarabangsa yang dikeluarkan oleh The International Phonetics Association yang ditubuhkan oleh ahli fonetik Eropah pada awal tahun 1886. Lambang-lambang ini sudah banyak kali mengalami pengubahsuaian serta digunakan dengan meluas dalam bidang transkripsi.

KONSONAN ASLI (1)
Terdapat 18 fonem konsonan asli bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi  (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Dari segi cara sebutan, seperti yang tercatat dalam carta di atas, konsonan asli bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.

LETUPAN
Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan. Konsonan letupan bahasa Melayu ialah [p], [b], [t], [d], [k], [g] dan [?].

Letupan Dua Bibir [p] dan [b]

Dua bibir dirapatkan untuk menyekat arus udara dari paru-paru. Anak tekak dinaikkan untuk menyekat udara daripada masuk ke rongga hidung. Udara yang tersekat di bahagian dalam bibir dilepaskan serta-merta. Jika pita suara direnggangkan (pita suara tidak bergetar), bunyi yang terhasil ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Jika pita suara dirapatkan (pita suara bergetar), bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b]. Contoh perkataan:
pasu, sepit, tetap
balu, sabit, rebab

Latihan

(a) Dengan tiga contoh pasangan minimal, buktikan bahawa /p/ dan /b/ ialah dua fonem yang berbeza.

(b)     Dengan dua contoh pasangan minimal, buktikan bahawa /p/ berbeza daripada dua fonem yang lain, selain /b/.
(c)     Dengan dua contoh pasangan minimal, buktikan bahawa /b/ berbeza daripada dua fonem yang lain, selain /p/.

Contoh Jawapan

(a)     Pasangan pertama ialah padi - badi. Hanya /p/ dan /b/ yang berbeza dalam pasangan ini. Dengan kata lain, /p/ dan /b/ membezakan makna bagi kedua-dua perkataan ini. Oleh sebab itu, /p/ dan /b/ ialah dua fonem. (Fonem ialah unit terkecil bunyi yang membezakan makna.)  Dua pasangan lagi ialah pantai - bantai dan para - bara.
(b)     Pasangan pertama ialah pari dan kari. Dalam pasangan ini hanya /p/ dan /k/ berbeza. Oleh sebab itu, /p/ dan /k/ ialah dua fonem yang berlainan. Contoh pasangan yang lain ialah tetap - tetak.
(c)     Pasangan pertama ialah sebab - sebak. Unit bunyi yang berbeza dalam pasangan ini hanyalah /b/ dan /k/. Dengan ini /b/ dan /k/ ialah dua fonem yang berbeza. Contoh pasangan yang lain ialah barang - karang.

KBKK

Adakah pasangan peta - beta boleh digunakan untuk menjawab soalan latihan (a)?
Adakah pasangan pulai - mulai boleh digunakan untuk menjawab soalan latihan (c)?
Dari sudut penghasilan bunyi, apakah perkara yang membezakan /p/ dan /b/?

KMD

Apakah faedah anda mengetahui perbezaan /p/ dan /d/ dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu?

Letupan Gusi [t] dan [d]

Hujung lidah dinaikkan hingga rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menghalang udara keluar melalui hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan tersekat di daerah hujung lidah dan gusi. Sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta. Jika pita suara direnggangkan (tidak bergetar), bunyi yang terhasil ialah letupan gusi tidak bersuara [t]. Jika pita suara dirapatkan (bergetar), bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [d]. Contoh perkataan:
tari, petah, pahat
dari, redah, abjad

Latihan

(a) Dengan tiga contoh pasangan minimal, buktikan bahawa /t/ dan /d/ ialah dua fonem yang berbeza.

(b)     Dengan dua contoh pasangan minimal, buktikan bahawa /t/ berbeza daripada dua fonem yang lain, selain /d/.
(c)     Dengan dua contoh pasangan minimal, buktikan bahawa /d/ berbeza daripada dua fonem yang lain, selain /t/.

Letupan Lelangit Lembut [k] dan [g]

Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menghalang udara keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga tekak dan tersekat di daerah belakang lidah dan lelangit lembut. Sekatan itu dilepaskan serta-merta. Jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Jika pita suara bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [g]. Contoh perkataan:
kali, saku, klinik*
gali,        sagu, dialog

 

KBKK *Beberapa buah buku menyenaraikan perkataan klinik, politik, konflik dan kritik. Adakah ini variasi hentian glotis?

 

Latihan

Dengan tiga contoh pasangan minimal, buktikan bahawa /k/ dan /g/ ialah dua fonem yang berbeza.


Letupan Glotis [°

Anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding rongga tekak. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat di bahagian rapatan pita suara dan kemudian dilepaskan dengan serta-merta. Bunyi ini hanya terdapat di akhir perkataan seperti dalam perkataan anak, budak, dan tidak. (Huruf yang digunakan ialah k.)

KBKK

Istilah yang berkaitan dengan letupan glotis ialah glotalisasi iaitu bunyi yang terhasil dalam sesuatu perkataan yang terdapat turutan dua vokal yang sama seperti dalam perkataan saat dan taat. Apakah persamaan dan perbezaan antara letupan glotis dan glotalisasi? KONSONAN ASLI (2)

2.   LETUSAN
Sekatan sepenuhnya juga dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat sepenuhnya arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].

Letusan Lelangit Keras-Gusi [č] dan [j]

Hadapan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras-gusi. Anak tekak dinaikkan menutupi rongga hidung. Udara dikeluarkan dari paru-paru ke rongga mulut melalui sekatan lidah dengan lelangit keras secara perlahan sedikit daripada membunyikan letupan. Jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit keras-gusi tidak bersuara [č]. Jika pita suara bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit keras-gusi bersuara [j]. Contoh perkataan: cari, mancis, koc; jari, manja, garaj.

3.         GESERAN
Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran asli dalam bahasa Melayu ialah [s] dan [h].

Geseran Gusi-Lelangit Keras Tidak Bersuara [s]
Hujung lidah dinaikkan ke gusi-lelangit keras untuk menyempitkan perjalanan arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut melalui sempitan antara lidah dan gusi lalu bergeser. Pita suara tidak bergetar. Contoh perkataan: saya, tisu, lemas.

Geseran Glotis Tidak Bersuara [h]
Rongga mulut berada dalam keadaan biasa ketika bernafas. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak. Pita suara direnggangkan dengan luas. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut melalui glotis yang terbuka. Contoh perkataan: hati, dahi, sudah.

4.  GETARAN

Bentuk sekatan udara dengan hentian sekejap-sekejap menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].


Getaran Gusi Bersuara [r]

Hujung lidah dikenakan pada gusi. Anak tekak dirapatkan ke dinding tekak untuk menghalang udara memasuki rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dengan menggetarkan hujung lidah pada gusi. Contoh perkataan: rasa, lari, biar.


5.   SISIAN
Hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].

Sisian Gusi Bersuara [1]

Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi. Anak tekak dirapatkan ke dinding tekak untuk menghalang udara memasuki rongga hidung. Pita suara digetarkan. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah. Contoh perkataan: lapar, balam, nakal.


6.         SENGAUAN
Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [¢], dan [].

Sengauan Dua Bibir [m]

Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan penuh. Anak tekak dalam keadaan biasa agar rongga hidung terbuka. Pita suara digetarkan. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.  Contoh perkataan: makan, tempat, balam





Sengau Gusi [n]

Hujung lidah dirapatkan pada gusi. Anak tekak dalam keadaan biasa agar rongga hidung terbuka. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. Pita suara digetarkan. Contoh perkataan: nakal, panas, lipan.

Sengau Lelangit Keras [¢]

Depan lidah dirapatkan pada lelangit keras-gusi. Anak tekak dalam keadaan biasa agar rongga hidung terbuka. Udara dikeluarkan dari paru-paru terus melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan. Contoh perkataan: nyawa, lanyak.

Sengau Lelangit Lembut []

Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara. Anak tekak dalam keadaan biasa agar rongga hidung terbuka. Udara yang tersekat di daerah lelangit lembut dilepaskan. Pita suara digetarkan. Contoh perkataan: ngeri, bunga, pisang.


7.   SEPARUH VOKAL* (MALARAN)
Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi malaran. Bunyi separuh vokal dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y].

Separuh Vokal Dua Bibir [w]

Bibir dibundarkan. Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Contoh perkataan: wau, bawa.

 

Separuh Vokal Gusi-Lelangit Keras [y]

Depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras. Bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan bunyi tengah. Contoh perkataan: yang, hayat.

















Konsonan
Pasangan 1
Pasangan 2
Letusan [č]
ca-ri
ba-cang
ma-ri
ba-lang
Letusan [j]
ju-ang

tu-ang

Geseran [s]




Geseran [h]




Getaran [r]




Sisian [l]




Sengauan [m]




Sengauan [n]




Sengauan [¢]




Sengauan []




Separuh vokal [w]




Separuh vokal [j]


KONSONAN PINJAMAN
Susunan Mohd. Isa bin Abd. Razak

Terdapat lima konsonan pinjaman yang banyak digunakan dalam bahasa Melayu. Kelima-limanya berupa geseran iaitu [f], [v], [z], [š] dan [x].  Tiga konsonan pinjaman lagi yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu juga berupa geseran iaitu [q] , [ð] , dan [].

CARTA KONSONAN PINJAMAN

Daerah Sebutan

Bibir
Gigi-Gusi
Gusi-Lelangit Keras
Lelangit  Keras
Lelangit Lembut
Pita Suara
Cara Sebutan
Geseran
tb
f
q
  s
š
x

b
v
ð
z


tb = tak bersuara   b = bersuara
Yang berlorek ialah konsonan asli.

Geseran Bibir-Gigi [f] dan [v] 
Bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu. Jika pita suara tidak digetarkan, bunyi yang terhasil ialah geseran bibir-gigi tak bersuara [f]. Jika pita suara digetarkan, bunyi yang dihasilkan ialah geseran bibir-gigi bersuara [v]. Contoh Perkataan: fikir, hafal, dan maaf; vokal dan universiti.
Geseran Gusi Bersuara [z]
Hujung lidah dinaikkan ke gusi-lelangit keras untuk menyempitkan perjalanan arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut melalui sempitan antara lidah dan gusi lalu bergeser. Jika pita suara bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah konsonan pinjaman geseran gusi bersuara [z]. Contoh perkataan: zaman, azam, lafaz.  (Nota: Jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah konsonan asli geseran gusi-lelangit keras tidak bersuara [s].)

Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara [š]

Daun lidah dirapatkan kepada bahagian antara gusi dan lelangit keras untuk membuat sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan bergeser di daerah sempitan daun lidah dan gusi lelangit keras itu. Pita suara tidak digetarkan. Contoh perkataan: [šawal] Syawal, [išarat] isyarat.

Geseran Lelangit Lembut [x] dan   []

Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu. Jika pita suara tidak digetarkan, bunyi yang terhasil ialah geseran lelangit lembut tak bersuara [x]. Jika pita suara digetarkan, bunyi yang terhasil ialah geseran lelangit lembut bersuara [].  Contoh sebutan:
[xabar] khabar
[axbar] akhbar
[tarex] tarikh
[aeb] ghaib
[loat] loghat
[bale] baligh
     Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [a] dan [baa] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r].

 

Geseran Gigi [q] dan [ð]  

Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi. Jika pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah geseran gigi tak bersuara [q]. Jika pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah geseran gigi bersuara [ð]. Contoh sebutan:
[qalasq] (thalatha) Selasa
[iqnen] (Ithnen) Isnin
[hadeq] (hadith) hadis
[ðalem] (dzalim) zalim
[haðer] (hadzir) hadir

Latihan
1.      Apakah istilah yang digunakan bagi bunyi yang dihasilkan apabila pita suara tidak  bergetar? (tanpa vokal, tanpa suara, tidak bersuara, tidak berbunyi)
2.      Perkataan manakah yang mengandungi hentian glotis? (suri, hujah, sedap, todak).
3.      Pilih pernyataan yang betul bagi menghasilkan bunyi [n]. (I. Dua bibir dibundarkan  II. Pita suara tidak digetarkan  III. Lelangit lembut diturunkan  IV. Hujung lidah dinaikkan ke gusi  V. Udara dikeluarkan melalui rongga hidung)
4.      Berpandukan rajah ini, jika pita suara tidak digetarkan, bunyi yang dihasilkan ialah konsonan ____________. ([t], [k], [d], [p])
5.      Lambang bunyi konsonan pertama dalam perkataan “khalifah” ialah ____________. ([š], [h], [k], [x])
6.      Kenyataan yang betul dengan konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu ialah ____________. (kesemuanya dipinjam daripada bahasa Inggeris, kesemuanya dalam kategori geseran, kesemuanya terhasil di daerah sebutan lelangit keras, kesemuanya ditulis dengan menggunakan dua huruf dalam ejaan biasa)
7.      Konsonan pinjaman terdapat dalam perkataan ____________ (waja, lazim, batuk, pantas).
8.      Perkataan manakah yang mengandungi dua konsonan pinjaman? (syak, hafiz, loghat, khatam) 
9.      Yang manakah pasangan minimal? (suhu-suam, sendu-pandu, kasau-pisau, sebat-sebab)
10.  Pasangan minimal manakah yang menunjukkan dua fonem konsonan pinjaman? (khas-vas, fail-dail, zakat-sakat, versi-jersi)

Aktiviti Kumpulan
1.      Pilih satu bunyi konsonan asli dan satu konsonan pinjaman dan terangkan cara penghasilannya.
2.      Tuliskan sepuluh patah perkataan yang mengandungi konsonan pinjaman.

KBKK
Buat sedikit ulasan tentang keupayaan murid-murid anda menyebut  konsonan pinjaman.

FONEM VOKAL

Susunan Mohd. Isa bin Abd. Razak

DEFINISI FONEM

Fonem ialah unit terkecil bunyi yang membezakan makna. Fonem dianggap lebih besar daripada fon. Misalnya, fon [o], [] dan bunyi sengau kedua-dua fon ini membentuk satu fonem sahaja, iaitu /o/. Perkataan saya terdiri daripada empat fonem iaitu /s/, /a/, /y/, dan /a/. Analisis seperti ini dinamakan fonem penggalan atau fonem segmental.
      Sebenarnya banyak bunyi bahasa boleh diujarkan oleh alat artikulasi, tetapi bukan semua bunyi itu penting. Bunyi yang banyak itu boleh digolongkan kepada beberapa keluarga bunyi yang penting sahaja dan bilangan keluarga bunyi yang terhad ini dipakai berulang-ulang kali dan dalam gabungan dengan bunyi yang berlainan. Bunyi-bunyi yang tergolong ke dalam keluarga yang sama ialah fonem. Setiap fonem itu mempunyai anggota-anggota yang terdiri daripada fon-fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama. Setiap fon yang menjadi anggota fonem itu dipakai dalam lingkungannya sendiri.

VOKAL

Bunyi vokal Bahasa Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Kedudukan vokal dalam bahasa Melayu dapat dijelaskan dalam rajah keratan rentas lidah di bawah.
Text Box: Depan   Tengah     Belakang
Hampar      Bundar
Sempit    i                u
 
½ Sempit   e              o
             E
½ Luas       “              ‹

Luas                 a
Bunyi ini terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan lidah yang terlibat dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas; manakala bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah).
       Keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan bundar. Dalam bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, E] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [] dan [].
        Vokal tergolong dalam bunyi lantang. Ini kerana semasa menghasilkan bunyi vokal, pita suara digetarkan dan udara yang dikeluarkan tidak terhalang.

Bunyi  Deskripsi         Awal                   Tengah              Akhir

[i]      hadapan hampar sempit                       [ikan]   [lima]         [kaki]
[e]        hadapan hampar separuh sempit         [ela]      [anje]]      [sate]
[]*    hadapan hampar separuh luas             [la]     [bg]          [tmp]
[a]        hadapan hampar luas                           [api]     [padi]         [lupa]
[u]        belakang bundar sempit                       [uli]      [gabus]       [kaku]
[o]        belakang bundar separuh sempit         [om]     [buloh]       [koko]
[]*     belakang bundar separuh luas             [ta?]   [bs]          [brs]
[E]       tengah hampar                                     [ma?] [lbah]       [bil]

*Bunyi-bunyi [] dan [] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti “beg” dan “bos”.

CONTOH DESKRIPSI PENGHASILAN VOKAL

Vokal [i] Vokal ini terhasil apabila bibir dihamparkan, hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin tanpa menyentuh gusi, anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga hidung untuk menghalang udara daripada keluar melalui rongga hidung, udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak ke rongga mulut tanpa sekarang sekatan, dan pita suara digetarkan. Vokal [i] hadir dalam semua lingkungan, iaitu pada awal, tengah dan akhir perkataan. Contohnya:

Awal               Tengah              Akhir

[ibu]               [pita]                       [kiri]
[ipar]              [tidur]                     [jari]
[ikan]             [fikir]                      [lari]

Vokal [e] Vokal ini terhasil apabila bibir dihamparkan, depan lidah dinaikkan di bawah kedudukan vokal [i] tanpa menyentuh gigi-gusi, anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menghalang udara keluar melalui rongga hidung, udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak ke rongga mulut tanpa sebarang sekatan, dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan adalah seperti yang berikut:
         Awal          Tengah       Akhir
         [ekor]         [belo?]        [kole]
         [ekar]          [merah]       [tauge]
         [elo?]          [keko? ]      [tauke]         

LATIHAN

Deskripsikan penghasilan bunyi-bunyi vokal yang lain. Lukiskan rajah yang sesuai untuk menjelaskan lagi deskripsi anda.




FONEM VOKAL SEBUTAN BAKU
Lambang-lambang bunyi vokal yang digunakan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi adalah seperti yang berikut:

Huruf Lambang        Keterangan

Rumi           Bunyi


a          [a]                    Bunyi vokal depan luas yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf a. Contohnya: saya dilafazkan [sa.ya.].
e          [é]                    Bunyi vokal depan separuh sempit yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf e taling. Contohnya leher dilafazkan [lé.hér].
        [E]          Bunyi vokal depan separuh luas yang tidak dijadikan bunyi yang baku bagi huruf e taling, tetapi boleh diterima bagi melafazkan beberapa perkataan serapan yang tertentu daripada bahasa Inggeris atau asing. Contohnya: beg boleh dilafazkan [bég] atau [bEg]. Lambang rasmi yang digunakan bagi vokal depan separuh luas ini ialah [].
e      [e]           Bunyi vokal tengah yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf e pepet. Contohnya: segera dilafazkan [se.ge.ra]. Lambang rasmi yang digunakan bagi bunyi vokal tengah ini ialah [].
i       [i]            Bunyi vokal depan sempit yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf i. Contohnya: gigi dilafazkan [gi.gi].
o     [o]           Bunyi vokal belakang separuh sempit yang menjadi bunyi baku bagi huruf o. Contohnya: tolong dilafazkan [to.long].
        [O]          Bunyi vokal belakang separuh luas yang tidak dijadikan bunyi yang baku bagi huruf o, tetapi boleh diterima bagi melafazkan beberapa perkataan serapan yang tertentu daripada bahasa Inggeris atau asing. Contohnya: kos boleh dilafazkan [kos] atau [kOs]. Lambang rasmi yang digunakan bagi bunyi vokal belakang separuh luas ini ialah [].
u     [u]           Bunyi vokal belakang sempit yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf u. Contohnya: guru dilafazkan [gu.ru].
~     [~]           Lambang yang menandai bunyi vokal sengau.

HURUF VOKAL

Petikan daripada Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi.

1.            Dalam sistem ejaan Rumi, ada lima huruf vokal yang digunakan bagi melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u.

Huruf                           Fonem            Contoh Penggunaan

                                                               di depan               di tengah              di belakang
a                             /a/                          api                          padi                       lusa
e              (i)            /e/                           emas                      kena                      sosialisme
                (ii)           /é/                        enak                      petak                     tauge
i                              /i/                            itu                           simpan                  murni
o                             /o/                          ulang                     bumi                      ibu

2.            Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem vokal, iaitu:
(i)            fonem e pepet yang (dalam buku ini) ditulis secara fonetik [e]; dan
(ii)           fonem e taling yang (dalam buku ini) ditulis secara fonetik [é].

Catatan: Huruf e pepet dikenal sebagai huruf e bertanda di atas, iaitu é dalam ejaan lama atau ejaan Rumi Za’ba (sebelum tahun 1972). Tanda diakritik di atas e pepet (é) tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang. Contoh


Vokal  Bunyi ini terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan  keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu sempit, separuh sempitseparuh luas dan luas. Manakala bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah).
         Keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan bundar. Dalam bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, @] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [ε] dan [O].
        Vokal tergolong dalam bunyi sonoran7 (lantang). Ini kerana semasa menghasilkan bunyi vokal, pita suara digetarkan dan udara yang dikeluarkan tidak terhalang.
Bunyi     Awal      Tengah      Akhir
[i]            [ikan]     [lima]         [kaki]
[e]           [ela]        [anjeN]]     [sate]
[ε]*         [εla]        [bεg]           [tεmpε]
[a]           [api]        [padi]         [lupa]
[u]           [uli]         [gabus]       [kaku]
[o]           [om]       [buloh]       [koko]
[O]*        [Ota?]    [bOs]          [bOrOs]
[@]           [@ma?]   [l@bah]       [ma?w@]
*Bunyi-bunyi [ε] dan [O] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti “beg” dan “bos”.

 

 

Keadaan Bibir

semasa

menghasilkan vokal                Semasa menghasilkan vokal

hadapan, bibir terhampar.                           belakang, bibir bundar












DIFTONG BAHASA MELAYU








PENGERTIAN DIFTONG
1.  Ab. Rahman, Yap, dan Ab. Rahim (1997: 52): “Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong bertindak sebagai satu fonem dan dilambangkan dengan dua lambang vokal.”
2.  Kamus Linguistik (1997: 63): “diftong (diphthong) Gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Contohnya [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau.” (Tanda titik di bawah i dan u tidak dapat ditunjukkan.)
3.  Nor Hashimah (1998: 41): “Bunyi diftong melibatkan dua rentetan vokal yang hadir serentak. Bunyi diftong terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut sebagai satu suku kata sahaja. Lambang [ˆ] boleh digunakan untuk menggambarkan diftong.”
Ketiga-tiga pengertian di atas hampir sama dengan pengertian yang diberikan oleh Daniel Jones dalam bukunya An Outline of English Phonetics (1972: 58). Dalam bahasa Inggeris, diftong mungkin ditandai oleh satu huruf seperti dalam perkataan my atau rentetan huruf seperti dalam perkataan tie.

SENARAI DIFTONG BAHASA MELAYU

[ai]       hairan, pakai, gemalai
[au]      aurat, taulan, kerbau  
[oi]      amboi, sekoi, sepoi                

ANALISIS FONEM DIFTONG

Teknik pasangan minimal boleh digunakan untuk menunjukkan rentetan dua unit vokal dalam bahasa Melayu ialah diftong. Contohnya: urat         -  aurat
asing    -  aising
baka -  bakau
bela   -  bela
bala   -  balai
           

LATIHAN 1

Bagi soalan 1 hingga 3, pilih perkataan yang mengandungi diftong.

1.     (A)      air
        (B)       rai
        (C)      tua
        (D)      wau

2.     (A)      lai
        (B)       lain
        (C)      pais
        (D)      main

3.     (A)      berbau
        (B)       berpaut
        (C)      bersuara
        (D)      berpulau

4.     Perkataan yang berikut mengandungi diftong kecuali
        (A)      mulai
        (B)       pantai
        (C)      landai
        (D)      lambai

5.     Perkataan yang tidak mengandungi diftong ialah
        (A)      mainan
        (B)       andaian
        (C)      dodoian
        (D)      pakaian

6.     Dalam bahasa Melayu diftong
        (A)      berupa rentetan dua vokal
        (B)       bertindak sebagai dua fonem
        (C)      terhasil dengan dua hembusan nafas
        (D)      mempunyai dua puncak kelantangan

LATIHAN 2
Lukiskan keratan rentas lidah (linguagram) yang menunjukkan penghasilan diftong [ai].

TUGASAN
Tuliskan tiga pasangan minimal bagi setiap fonem diftong.


DIFTONG
Bunyi diftong bersifat satu suku kata
diftong (diphthong) Gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau. (1997:62)
diftong lebar (wide diphthong) Diftong yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah. Contohnya, [ai] dalam [pantai]. (1997:62)
diftong menengah (centering diphthong) Diftong yang melibatkan kedudukan lidah yang berakhir dengan vokal [¥]. Contohnya, kata Inggeris [di¥] dear. (1997:62)
diftong meninggi (ascending diphthong) Diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal kedua. Contohnya, [i] dalam kata Portugis [pais] negeri. (1997:62)
diftong menurun (descending diphthong) Diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama. Contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai. (1997:62)
diftong sempit (narrow diphthong) Diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah. Contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi. (1997:62)

SEBUTAN TAMBAHAN

FONEM
alofon
fon (phone) Bunyi bahasa. (1997:74)
fonem (phoneme) Unit terkecil abstrak yang membezakan makna, jika berdasarkan fungsi. Contohnya, /pala§/ palang dan /gala§/ galang, /p/ dan /g/ dianggap dua fonem yang berbeza. (1997:74)
fonem majmuk (compound phoneme) Gabung fonem vokal dalam satu suku kata. Contohnya, diftong /ay/ sebagai satu unit fonologi. (1997:74)
fonem penggalan (segmental phoneme)linear phoneme) Fonem yang terhasil daripada analisis pertuturan kontinum kepada penggalan yang bererti. Contohnya, /m/ /a/ /t/ /a/ /§/ matang. (1997:74)
fonem suprasegmental (suprasegmental phoneme) Fonem yang berfitur prosodi. Dua istilah lain bagi fonem suprasegmental ialah fonem prosodi dan fonem sekunder. (1997:74)




ALAT ARTIKULASI

Ab. Rahman, Yap dan Ab. Rahim (1997: 35-39), diubahsuai.


Alat artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah), gigi, lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung.

1. Bibir atas  2. Bibir bawah  3. Gigi atas
4. Gigi bawah  5. Gusi  6. Lelangit keras
7. Lelangit lembut  8. Anak tekak  9. Lidah
10. Epiglotis 11. Pita suara  12. Rongga tekak
13. Rongga hidung  14. Rongga mulut  15. Tenggorok

Rajah 1: Alat artikulasi.

Lidah adalah organ yang paling aktif dan paling berfungsi dalam penghasilan bunyi. Lidah terbahagi kepada empat bahagian utama, iaitu hujung lidah, permukaan lidah, tengah lidah, akar lidah. Bahagian-bahagian lidah ini boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk menyekat udara yang keluar melalui rongga mulut apabila mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. Bahagian-bahagian lidah ini berfungsi dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, sama ada vokal hadapan, tengah atau belakang.
Bibir adalah organ yang paling luar dari rongga mulut dan merupakan kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah bentuknya untuk menjadi bundar atau hampar. Bibir boleh berfungsi menyekat perjalanan udara dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Bibir akan menjadi hampar apabila membunyikan [e] dan bibir akan menjadi bundar ketika membunyikan [u]. Untuk membunyikan [m] pula, bibir atas dan bibir bawah dirapatkan untuk menyekat udara.
Gigi tidak begitu aktif walaupun berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Fungsinya ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut. Gigi berperanan sebagai daerah penyebutan dalam penghasilan bunyi-bunyi  [t], yang kadang-kadang bertindih dengan peranan gusi.
Gusi terletak di antara gigi bawah dengan lelangit keras dan berfungsi sebagai daerah artikulasi. Gusi berperanan penting dalam pengeluaran bunyi seperti [d] apabila lidah berfungsi membuat penyebutan dengannya.

Rajah 2: Kedudukan Artikulator.

Lelangit terbahagi kepada lelangit keras dan lelangit lembut, Lelangit keras terletak di antara gusi di bahagian atas rongga mulut dengan lelangit lembut dan mengisi lebih kurang 2/3 daripada lelangit. Lelangit keras berfungsi sebagai daerah-daerah artikulasi dalam penghasilan bunyi.
Lelangit lembut merupakan bahagian lelangit yang terbahagi dalam rongga mulut sebelum anak tekak. Lelangit lembut boleh diturunkan atau dinaikkan untuk menyekat pengeluaran udara. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau. Sebaliknya, jika lelangit dinaikkan, bunyi yang dihasilkan bukanlah sengau.
Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut da berhampiran dengan lelangit lembut. Fungsi anak tekak sebagai alat pertuturan ialah bersama-sama dengan lelangit lembut untuk menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu sengau atau tidak.

Nota Tambahan












            Depan lidah berada pada kedudukan tinggi.              Ruangan udara antara lidah dengan lelangit
sempit.

Bibir Hampar                    Bibir Bundar












Vokal hadapan                                                                 vokal belakang

                                                                                                                                    

















































                                                


* Menurut Raja Mukhtaruddin (1985: 43), dalam bahasa Melayu terdapat dua separuh vokal [w] dan [y]. Separuh vokal ialah satu geluncuran vokal bebas. Untuk menghasilkannya, alat-alat itu bermula dengan membentuk satu vokal yang lemah dan lantas bergerak ke arah satu bunyi lain yang sama ataupun lebih kelantangannya. Kedudukan vokal pertama itu hanya sekejap sahaja. Bunyi-bunyi separuh vokal ini dianggap sebagai konsonan kerana sifat geluncuran pantas bunyi-bunyi itu berserta tekanan pernafasan yang agak lemah.

Latihan
Tuliskan dua pasangan minimal bagi setiap bunyi yang telah dihuraikan. Unit yang berkontras (berbeza) boleh di awal, di tengah atau di hujung.

Konsonan
Pasangan 1
Pasangan 2
Letusan [č]
ca-ri
ba-cang
ma-ri
ba-lang
Letusan [j]
ju-ang

tu-ang

Geseran [s]




Geseran [h]




Getaran [r]




Sisian [l]




Sengauan [m]




Sengauan [n]




Sengauan [¢]




Sengauan []




Separuh vokal [w]




Separuh vokal [j]





2 comments:

  1. 1.D
    2.D
    3.B
    4.B
    5.B
    6.A
    7.A
    8.D
    9.B
    10.B
    11.C
    12.D
    13.B
    14.C
    15.C
    16.A
    17.A
    18.B
    19.D
    20.B

    ReplyDelete
  2. membantu pemahaman guru dan pelajar

    ReplyDelete