Monday, 14 July 2014

Tugasan Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

                                               

                                                                                                     TUGASAN PROJEK


TAJUK PROGRAM  :                                           PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

NAMA GURU PELATIH  :





TAJUK KURSUS  :                                           SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM 3111)

 

SEMESTER  : 6 (Ambilan Februari 2012)      UNIT: BM 1 dan BM 2





TARIKH MULA

9 OGOS 2014

 

TARIKH HANTAR


6 SEPTEMBER 2014




1.      Menjelaskan konsep semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat;
2.      Menghuraikan teori semantik;
3.      Membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa;
4.      Menghuraikan tatacara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu;
5.      Mengaplikasikan teori semantik dan peristilahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2 dan 5.


Objektif Projek/Kerja Kursus Pendek


Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :


1.   Menghuraikan konsep semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat;

2.   Memperincikan teori semantik dalam bentuk grafik;

3. Menyediakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan mengaplikasikan teori semantik dan peristilahan dengan tepat; dan

4.  Membuat refleksi tentang pelaksanaan tugasan daripada soalan 1 hingga 3. 
  
Tugasan Projek (100%)

Analisis semantik tidak dapat dipisahkan daripada pendekatan ataupun teori yang mendasarinya. Dengan perkataan lain, apabila mengkaji makna ataupun semantik, adalah  penting menjadikan teori yang telah digunakan sekian lama serta bersifat mantap, sebagai pegangan. Pembuktian sesuatu medan makna tidak dapat dilakukan sewenang-wenangnya tetapi perlu disandarkan kepada suatu teori yang relevan agar wujud keharmonian ataupun persamaan dalam mentafsir sesuatu makna. Berdasarkan pernyataan di atas, anda diminta menjawab persoalan-persoalan berikut:

1.  Menghuraikan konsep semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat (20%);

2.   Memperincikan teori semantik dalam bentuk grafik (20%) ;

3. Menyediakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan mengaplikasikan teori semantik dan peristilahan dengan tepat; dan

4.  Membuat refleksi tentang pelaksanaan tugasan daripada soalan 1 hingga 3 (20%).

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1.         Tugasan ini adalah tugasan individu.
2.         Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3.         Gunakan maklumat yang dikumpul sebagai bahagian utama isi tugasan taksiran kumpulan.
4.         Maklumat boleh dipaparkan dalam sebarang bentuk visual (grafik).
5.         Format penulisan tugasan adalah seperti berkut :
            i.          Fon Arial
            ii.         Saiz huruf ialah 11
            iii.         Langkau satu setengah baris
            iv.        Rujukan mengikut format APA
            v.         Lampiran
7.         Amalan plagiat tidak dibenarkan
8.         Panjang tugasan tidak melebihi 15 muka surat (termasuk persembahan visual).
9.         Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.
                                                                                                                                                                  Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1.         Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci
2.         Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut :

i.        Pemahaman yang mendalam berkaitan konsep semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna
      ayat;
                                                                 
ii.      Kebolehan memperincikan teori semantik dalam bentuk grafik;

iii.        Kemahiran menyediakan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan
        mengaplikasikan teori semantik dan peristilahan dengan tepat;

iv.           Menulis refleksi berdasarkan tajuk-tajuk kecil tugasan dengan bernas;
v.            Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan

vi.           Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah

vii.          Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren


Kriteria Pemarkahan


Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. Markah akan diberi secara individu untuk  tugasan 1, 2, 3 dan 4.



Tugasan disediakan oleh                                         Disahkan oleh



_______________________                                   ______________________________

(Dr Faridah Binti Nazir)                                              (Encik Azmi Bin Ayub)
  Penyelaras BMM3111                                                        Ketua Jabatan
     PPG Semester 6                                                     Pengajian Melayu
Jabatan Pengajian Melayu                                           Institut Pendidikan Guru
    Kampus Raja Melewar                                             Kampus Raja Melewar
Seremban Negeri Sembilan                                     Seremban. Negeri Sembilan




Disemak oleh:



................................................
(PN.HAJAH AMANAH BINTI MOHD NOOR )                                                                                    Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pengajian Melayu                                               
IPG Kampus Raja Melewar                                     



No comments:

Post a Comment