FONETIK
BAHASA MELAYU: KONSONAN
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan
melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat
dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian
sekejap-sekejap. Bunyi konsonan dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan,
letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah
sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut,
anak tekak dan lain-lain.
Letupan Hentian sepenuhnya dapat
menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru
akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras,
lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan
akan terhasillah bunyi letupan.
Bunyi Letupan
Fon Awal Akhir
[p] [pulau] [atap]
[b] [bumi] [rəbab]
[t] [talam] [liat]
[d] [datu?] [kad]
[k] [kata] *
[g] [garau] [beg]
[?] ** [ana?]
*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir
suku kata dalam bahasa Melayu.
**bunyi [?] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam
bahasa Melayu.
Letusan Selain itu, sekatan sepenuhnya dapat
menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat
arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Kemudian arus udara itu
dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini
adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š]
untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi
[ž] untuk mendapatkan bunyi [j].
Sengauan Satu lagi
bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan
(nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup
rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan
melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [N], dan [J].
Sisian Hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi
sisian, geseran (frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu
dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh
paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya
melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi
[l].
Geseran Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan
saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi
berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan
[h].
Malaran Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan
artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang
dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk
menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi
separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y].
Getaran Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah
hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang
dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit
keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].
Bunyi Letusan
[č] [cawan] [mač]
[j] [jam] [caj]
Bunyi Sengauan
[m] [muda] [cium]
[n] [niat] [jalan]
[N] [NaNa] [bujaN]
[J] [JaJi] *
*Bunyi [J] tidak dapat hadir pada akhir suku kata.
Bunyi Sisian
[l] [lalu] [awal]
Bunyi Geseran
[f] [faseh] [alaf]
[v] [ven] *
[s] [sarat] [awas]
[z] [zat] [lafaz]
[š] [šarat] [skuaš]
[h] [harta] [sah]
Bunyi
Getaran
[r] [rasa] [siar]
Bunyi
konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi
bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d],
[g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan
untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s],
dan [h].
Transkripsi
fonetik merakamkan bunyi bahasa setepat mungkin ke dalam bentuk tulisan. Ini
membantu pelajar bahasa memahami sebutan sesuatu bahasa dengan lebih jelas dan
tepat terutama dalam pembelajaran bahasa kedua. Selain itu, transkripsi fonetik
memudahkan pengkaji bahasa mengenal pasti bentuk dan jenis bunyi yang
dihasilkan oleh sesuatu kelompok masyarakat.
Transkripsi
fonetik yang digunakan hari ini berdasarkan Carta Abjad Fonetik Antarabangsa
yang dikeluarkan oleh The International Phonetics Association yang ditubuhkan
oleh ahli fonetik Eropah pada awal tahun 1886. Lambang-lambang ini sudah banyak
kali mengalami pengubahsuaian serta digunakan dengan meluas dalam bidang
transkripsi.
CARTA KONSONAN
MELAYU
Cara Sebutan
|
|
Daerah
Sebutan
|
|||||
Bibir
|
Gusi
|
Gusi-L Keras
|
Lelangit Keras
|
Lelangit Lembut
|
Pita Suara
|
||
|
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Letupan
|
tb
|
p
|
t
|
|
|
k
|
?
|
b
|
b
|
d
|
|
|
g
|
||
Letusan
|
tb
|
|
|
č
|
|
|
|
b
|
|
|
j
|
|
|
|
|
Sengauan
|
b
|
m
|
n
|
J
|
|
N
|
|
Geseran
|
tb
|
f
|
|
s
|
š
|
x
|
h
|
b
|
v
|
|
z
|
|
|
||
Getaran
|
b
|
|
r
|
|
|
|
|
Sisian
|
b
|
|
l
|
|
|
|
|
Separuh Vokal
|
b
|
w
|
|
y
|
|
|
|
tb = tak
bersuara b = bersuara
KONSONAN PINJAMAN
[f] Geseran bibir-gigi tak bersuara. Untuk
mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara ini, bibir bawah dirapatkan kepada
gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan
rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui
rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan
gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’,
[hafal] ‘hafal’, dan [ma?af] ‘maaf’.
[v] Geseran bibir-gusi bersuara. Cara
mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan
geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan. Contoh sebutan:
[vOkal] ‘vokal’, [vərsi]
‘versi’, dan [univərsiti] ‘universiti’.
[q] Geseran
gigi tak bersuara. Untuk mengeluarkan geseran gigi tak bersuara ini, daun
lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan
rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui
rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa
menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [qalaqa] ‘Selasa’ (thalatha), [iqnen] ‘Isnin’ (Ithnin), dan [hadeq] ‘hadis’ (hadith).
[ð] Geseran gigi bersuara. Cara
mengeluarkan geseran gigi bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan geseran
gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara
digetarkan. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim), dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir).
[x] Geseran lelangit lembut tak bersuara.
Untuk mengeluarkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah
dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu
sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari
paru-paru dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa
menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’, [axbar] ‘akhbar’, dan
[axer] ‘akhir’.
[7] Geseran lelangit lembut bersuara. Cara
mengeluarkan geseran lelangit lembut bersuara ini sama dengan cara mengeluarkan
geseran lelangit lembut tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan
bunyi [7] pita suara digetarkan.
Contoh sebutan: [7aeb] ‘ghaib’, [lo7at] ‘loghat’, dan [bale7] ‘baligh’. Menurut Raja
Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang
Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [O7aN] dan [ba7aN] sebagai kelainan kepada
getaran gusi [r].
GLOSARI
diftong (diphthong)
Gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan
kedudukan lidah. Contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau.
fonem (phoneme)
Unit terkecil abstrak yang membezakan makna, jika berdasarkan fungsi.
Contohnya, /palaN/ palang
dan /galaN/ galang,
/p/ dan /g/ dianggap dua fonem yang berbeza.
fonem penggalan (segmental
phoneme, linear phoneme) Fonem yang terhasil daripada analisis pertuturan
kontinum kepada penggalan yang bererti. Contohnya, /m/ /a/ /t/ /a/ /N/ matang.
MIAR
KONSONAN ASLI DAN
PINJAMAN
Konsonan ialah bunyi
ini dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan
melalui paru-paru. Sekatan ini dapat dilakukan dalam bentuk hentian
sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Bunyi konsonan
dapat dihuraikan berdasarkan cara
penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan
sebagainya, serta titik artikulasi
atau daerah sebutannya, seperti dua
bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain.
Bunyi
Letupan
Fon Awal Akhir
[p] [pulau] [atap]
[b] [bumi] [rEbab]
[t] [talam] [liat]
[d] [datu?] [kad]
[k] [karo§] *
[g] [garau] [beg]
[?] [ana?]
*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam
bahasa Melayu. Bunyi [?] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir
suku kata dalam bahasa Melayu.
Bunyi Letusan
[č] [cawan] [mač]
[j] [jam] [caj]
Bunyi Sengauan
[m] [muda] [cium]
[n] [niat] [jalan]
[j] [jajI] *
[§] [§a§a] [buja§]
*Bunyi [j] tidak dapat hadir pada akhir suku kata.
Bunyi Sisian
[l] [lalu] [awal]
Bunyi Geseran
[f] [faseh] [alaf]
[v] [ven] *
[s] [sarat] [awas]
[z] [zat] [lafaz]
[š] [šarat] [skuaš]
[h] [harta] [sah]
Bunyi Getaran
[r] [rasa] [siar]
CARTA
KONSONAN MELAYU
Daerah
Sebutan
|
|
Bibir
|
Gusi
|
Gusi-Lelangit Keras
|
Lelangit Keras
|
Lelangit Lembut
|
Pita Suara
|
Cara
Sebutan
|
|||||||
|
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Letupan
|
tb
|
p
|
t
|
|
|
k
|
?
|
b
|
b
|
d
|
|
|
g
|
||
Letusan
|
tb
|
|
|
č
|
|
|
|
b
|
|
|
j
|
|
|
|
|
Sengauan
|
b
|
m
|
n
|
|
j
|
§
|
|
Geseran
|
tb
|
f
|
|
s
|
š
|
x
|
h
|
b
|
v
|
|
z
|
|
|
||
Getaran
|
b
|
|
r
|
|
|
|
|
Sisian
|
b
|
|
l
|
|
|
|
|
Separuh
Vokal
|
b
|
w
|
|
y
|
|
|
|
tb
= tak bersuara b = bersuara
ISU
1. Bunyi [h]
bersuara atau tidak bersuara?
2. Apakah lambang
separuh vokal gusi=lelangit keras: [j] atau [y]?
Dalam Carta Persatuan Fonetik Antarabangsa … Kamarudin,
Siti Hajar dan Arba’ie (1997) menggunakan lambang
Konsonan Bunyi ini dihasilkan dengan melakukan sekatan
terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan ini dapat dilakukan dalam bentuk hentian
sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Bunyi konsonan
dapat dihuraikan berdasarkan cara
penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan
sebagainya, serta titik artikulasi
atau daerah sebutannya, seperti dua
bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain.
Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan
bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami
sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut
atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan
terhasillah bunyi letupan seperti yang berikut.
Fon Awal Akhir
[p] [pulau] [atap]
[b] [bumi] [k@bab]
[t] [talam] [liat]
[d] [datu?] [kad]
[k] [karuŋ] *
[g] [garau] [beg]
[?] ** [ana?]
*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata
dalam bahasa Melayu.
**bunyi [?] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam
bahasa Melayu.
Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan menghasilkan bunyi
sengauan (nasal). Bunyi sengauan terhasil dengan cara menurunkan anak tekak
(uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Hal ini menyebabkan udara yang
dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi yang
berikut:
Fon Awal Akhir
[m] [muda] [dalam]
[n] [nila] [jalan]
[J] [JaJi] -
[N] [NaNa] [bujaN]
KONSONAN MELAYU
Susunan Mohd. Isa bin
Abd. Razak
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan
dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru.
Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian
atau hentian sekejap-sekejap. Bunyi konsonan dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan,
letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah
sebutannya, seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras, lelangit lembut,
anak tekak dan lain-lain.

CARTA KONSONAN MELAYU
Daerah Sebutan
|
|
Bibir
|
Gusi
|
Gusi-Lelangit
Keras
|
Lelangit Keras
|
Lelangit Lembut
|
Pita Suara
|
Cara Sebutan
|
|||||||
|
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
Letupan
|
tb
|
p
|
t
|
|
|
k
|
?
|
b
|
b
|
d
|
|
|
g
|
||
Letusan
|
tb
|
|
|
č
|
|
|
|
b
|
|
|
j
|
|
|
|
|
Sengauan
|
b
|
m
|
n
|
|
¢
|
|
|
Geseran
|
tb
|
f
|
|
s
|
š
|
x
|
h
|
b
|
v
|
|
z
|
|
|
||
Getaran
|
b
|
|
r
|
|
|
|
|
Sisian
|
b
|
|
l
|
|
|
|
|
Separuh Vokal
|
b
|
w
|
|
y
|
|
|
|
tb = tak
bersuara b = bersuara
Nota: Transkripsi fonetik ini berdasarkan Carta Abjad Fonetik Antarabangsa
yang dikeluarkan oleh The International Phonetics Association yang ditubuhkan
oleh ahli fonetik Eropah pada awal tahun 1886. Lambang-lambang ini sudah banyak
kali mengalami pengubahsuaian serta digunakan dengan meluas dalam bidang
transkripsi.
KONSONAN ASLI (1)
Terdapat 18 fonem
konsonan asli bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi
kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Dari segi cara sebutan, seperti yang
tercatat dalam carta di atas, konsonan asli bahasa Melayu terbahagi kepada
tujuh iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh
vokal.
LETUPAN
Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan. Konsonan letupan bahasa Melayu ialah [p], [b], [t], [d], [k], [g] dan [?].
Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan. Konsonan letupan bahasa Melayu ialah [p], [b], [t], [d], [k], [g] dan [?].
Letupan Dua Bibir [p] dan [b]
Dua bibir dirapatkan untuk menyekat arus udara
dari paru-paru. Anak tekak dinaikkan untuk menyekat udara daripada masuk ke
rongga hidung. Udara yang tersekat di bahagian dalam bibir dilepaskan
serta-merta. Jika pita suara direnggangkan (pita suara tidak bergetar), bunyi yang
terhasil ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Jika pita suara
dirapatkan (pita suara bergetar), bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir
bersuara [b]. Contoh perkataan:
pasu, sepit, tetap
balu, sabit, rebab
Latihan
(a) Dengan tiga contoh pasangan
minimal, buktikan bahawa /p/ dan /b/ ialah dua fonem yang berbeza.
(b)
Dengan dua contoh
pasangan minimal, buktikan bahawa /p/ berbeza daripada dua fonem yang lain,
selain /b/.
(c)
Dengan dua contoh
pasangan minimal, buktikan bahawa /b/ berbeza daripada dua fonem yang lain,
selain /p/.
Contoh Jawapan
(a)
Pasangan
pertama ialah padi - badi. Hanya /p/ dan /b/ yang
berbeza dalam pasangan ini. Dengan kata lain, /p/ dan /b/ membezakan makna bagi
kedua-dua perkataan ini. Oleh sebab itu, /p/ dan /b/ ialah dua fonem. (Fonem
ialah unit terkecil bunyi yang membezakan makna.) Dua pasangan lagi
ialah pantai - bantai dan para - bara.
(b)
Pasangan
pertama ialah pari dan kari. Dalam pasangan ini hanya /p/ dan /k/ berbeza. Oleh
sebab itu, /p/ dan /k/ ialah dua fonem yang berlainan. Contoh
pasangan yang lain ialah tetap - tetak.
(c)
Pasangan
pertama ialah sebab - sebak. Unit bunyi yang berbeza dalam
pasangan ini hanyalah /b/ dan /k/. Dengan ini /b/ dan /k/ ialah dua fonem yang
berbeza. Contoh pasangan yang lain ialah barang
- karang.
KBKK
Adakah
pasangan peta - beta boleh digunakan untuk menjawab
soalan latihan (a)?
Adakah pasangan pulai - mulai boleh
digunakan untuk menjawab soalan latihan (c)?
Dari sudut penghasilan bunyi, apakah perkara yang
membezakan /p/ dan /b/?
KMD
Apakah faedah anda mengetahui perbezaan /p/ dan
/d/ dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu?

Letupan Gusi [t] dan [d]

tari, petah, pahat
dari, redah, abjad
Latihan
(a) Dengan tiga contoh pasangan
minimal, buktikan bahawa /t/ dan /d/ ialah dua fonem yang berbeza.
(b)
Dengan dua contoh
pasangan minimal, buktikan bahawa /t/ berbeza daripada dua fonem yang lain,
selain /d/.
(c) Dengan dua contoh pasangan minimal, buktikan bahawa /d/
berbeza daripada dua fonem yang lain, selain /t/.
Letupan Lelangit Lembut [k] dan [g]

kali, saku,
klinik*
gali, sagu,
dialog
KBKK *Beberapa buah buku
menyenaraikan perkataan klinik,
politik, konflik dan kritik. Adakah ini variasi hentian glotis?
Latihan
Dengan tiga contoh pasangan minimal, buktikan
bahawa /k/ dan /g/ ialah dua fonem yang berbeza.
Letupan Glotis [°]
Anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding
rongga tekak. Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya untuk membuat sekatan
penuh pada arus udara. Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat
di bahagian rapatan pita suara dan kemudian dilepaskan dengan serta-merta.
Bunyi ini hanya terdapat di akhir perkataan seperti dalam perkataan anak,
budak, dan tidak. (Huruf yang digunakan ialah k.)
KBKK
Istilah yang berkaitan dengan letupan glotis ialah
glotalisasi iaitu bunyi yang terhasil dalam sesuatu perkataan yang
terdapat turutan dua vokal yang sama seperti dalam perkataan saat dan taat. Apakah
persamaan dan perbezaan antara letupan glotis dan glotalisasi? KONSONAN ASLI (2)
2. LETUSAN

Letusan Lelangit
Keras-Gusi [č] dan [j]

3. GESERAN

Geseran Gusi-Lelangit Keras Tidak Bersuara [s]

Geseran Glotis Tidak Bersuara [h]


4. GETARAN
Bentuk sekatan udara dengan
hentian sekejap-sekejap menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh
paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam
bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].
Getaran Gusi Bersuara [r]
Hujung lidah dikenakan pada gusi. Anak tekak
dirapatkan ke dinding tekak untuk menghalang udara memasuki rongga hidung. Pita
suara digetarkan. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dengan
menggetarkan hujung lidah pada gusi. Contoh perkataan: rasa, lari,
biar.
5. SISIAN
Hentian sebahagian akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan
malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan
penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian
lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi
di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].
Sisian Gusi Bersuara [1]
Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi.
Anak tekak dirapatkan ke dinding tekak untuk menghalang udara memasuki rongga
hidung. Pita suara digetarkan. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga
mulut tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah. Contoh perkataan: lapar,
balam, nakal.
6. SENGAUAN
Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya
akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan
anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara
yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi
nasal [m], [n], [¢],
dan [].
Sengauan Dua Bibir [m]
Bibir bawah dan bibir atas
dirapatkan untuk membuat sekatan penuh. Anak tekak dalam keadaan biasa agar
rongga hidung terbuka. Pita suara digetarkan. Arus udara dilepaskan
perlahan-lahan. Contoh perkataan: makan, tempat, balam.
Sengau Gusi [n]

Sengau Lelangit Keras [¢]

Sengau Lelangit Lembut []

7. SEPARUH VOKAL*
(MALARAN)
Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal,
kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran
yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk
menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi
malaran. Bunyi separuh vokal dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y].
Separuh Vokal Dua Bibir [w]
Bibir dibundarkan. Belakang lidah diangkat
ke arah lelangit lembut. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian
belakang rongga tekak. Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak dengan
pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Contoh perkataan: wau,
bawa.
Separuh Vokal Gusi-Lelangit Keras [y]
Depan lidah diangkat agak tinggi ke arah
lelangit keras. Bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke
bahagian belakang rongga tekak. Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak
dengan pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan bunyi tengah. Contoh perkataan: yang, hayat.
Konsonan
|
Pasangan 1
|
Pasangan 2
|
Letusan [č]
|
ca-ri
|
ba-cang
|
ma-ri
|
ba-lang
|
|
Letusan
[j]
|
ju-ang
|
|
tu-ang
|
|
|
Geseran
[s]
|
|
|
|
|
|
Geseran
[h]
|
|
|
|
|
|
Getaran
[r]
|
|
|
|
|
|
Sisian
[l]
|
|
|
|
|
|
Sengauan
[m]
|
|
|
|
|
|
Sengauan
[n]
|
|
|
|
|
|
Sengauan
[¢]
|
|
|
|
|
|
Sengauan []
|
|
|
|
|
|
Separuh vokal [w]
|
|
|
|
|
|
Separuh vokal [j]
|
|
|
KONSONAN
PINJAMAN
Susunan Mohd. Isa bin Abd. Razak
Terdapat lima konsonan pinjaman yang banyak digunakan dalam bahasa
Melayu. Kelima-limanya berupa geseran iaitu [f], [v], [z], [š] dan [x]. Tiga konsonan pinjaman
lagi yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu juga berupa geseran iaitu [q] , [ð]
, dan [].
CARTA KONSONAN PINJAMAN
Daerah Sebutan
|
|
Bibir
|
Gigi-Gusi
|
Gusi-Lelangit
Keras
|
Lelangit Keras
|
Lelangit
Lembut
|
Pita
Suara
|
Cara Sebutan
|
|||||||
Geseran
|
tb
|
f
|
q
|
s
|
š
|
x
|
|
b
|
v
|
ð
|
z
|
|
|
|
tb
= tak bersuara b = bersuara
Yang berlorek ialah konsonan asli.
Geseran Bibir-Gigi [f] dan [v]

Geseran
Gusi Bersuara [z]

Geseran
Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara [š]

Geseran
Lelangit Lembut [x] dan []

[xabar] khabar
[axbar] akhbar
[tarex] tarikh
[aeb] ghaib
[loat] loghat
[bale] baligh
Menurut
Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan
orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [a] dan [baa] sebagai kelainan kepada
getaran gusi [r].
Geseran
Gigi [q] dan [ð]

[qalasq] (thalatha) Selasa
[iqnen] (Ithnen) Isnin
[hadeq] (hadith) hadis
[ðalem] (dzalim)
zalim
[haðer] (hadzir) hadir
Latihan
1.
Apakah istilah yang digunakan bagi bunyi yang
dihasilkan apabila pita suara tidak bergetar?
(tanpa vokal, tanpa suara, tidak bersuara, tidak berbunyi)
2.
Perkataan manakah yang mengandungi hentian glotis?
(suri, hujah, sedap, todak).
3.
Pilih pernyataan yang betul bagi menghasilkan bunyi
[n]. (I. Dua bibir dibundarkan
II. Pita suara tidak digetarkan
III. Lelangit lembut diturunkan
IV. Hujung lidah dinaikkan ke gusi
V. Udara dikeluarkan melalui rongga hidung)
4.
Berpandukan
rajah ini, jika pita suara tidak digetarkan, bunyi yang dihasilkan ialah
konsonan ____________. ([t], [k], [d], [p])

5.
Lambang bunyi konsonan pertama dalam perkataan
“khalifah” ialah ____________. ([š], [h], [k], [x])
6.
Kenyataan yang betul dengan konsonan pinjaman
dalam bahasa Melayu ialah ____________. (kesemuanya dipinjam daripada bahasa
Inggeris, kesemuanya dalam kategori geseran, kesemuanya terhasil di daerah
sebutan lelangit keras, kesemuanya ditulis dengan menggunakan dua huruf dalam
ejaan biasa)
7.
Konsonan pinjaman terdapat
dalam perkataan ____________ (waja, lazim, batuk, pantas).
8.
Perkataan manakah yang
mengandungi dua konsonan pinjaman? (syak, hafiz, loghat, khatam)
9.
Yang manakah pasangan minimal? (suhu-suam,
sendu-pandu, kasau-pisau, sebat-sebab)
10. Pasangan minimal
manakah yang menunjukkan dua fonem konsonan pinjaman? (khas-vas, fail-dail,
zakat-sakat, versi-jersi)
Aktiviti Kumpulan
1.
Pilih satu bunyi konsonan asli dan satu
konsonan pinjaman dan terangkan cara penghasilannya.
2.
Tuliskan sepuluh patah
perkataan yang mengandungi konsonan pinjaman.
KBKK
Buat sedikit
ulasan tentang keupayaan murid-murid anda menyebut konsonan pinjaman.
FONEM VOKAL
Susunan Mohd. Isa
bin Abd. Razak
DEFINISI
FONEM
Fonem ialah unit terkecil bunyi yang membezakan makna. Fonem dianggap lebih
besar daripada fon. Misalnya, fon [o], []
dan bunyi sengau kedua-dua fon ini membentuk satu fonem sahaja, iaitu /o/.
Perkataan saya terdiri daripada empat fonem iaitu /s/, /a/, /y/, dan /a/.
Analisis seperti ini dinamakan fonem penggalan atau fonem segmental.
Sebenarnya banyak bunyi bahasa boleh diujarkan oleh alat
artikulasi, tetapi bukan semua bunyi itu penting. Bunyi yang banyak itu boleh
digolongkan kepada beberapa keluarga bunyi yang penting sahaja dan bilangan
keluarga bunyi yang terhad ini dipakai berulang-ulang kali dan dalam gabungan
dengan bunyi yang berlainan. Bunyi-bunyi yang tergolong ke dalam keluarga
yang sama ialah fonem. Setiap fonem itu mempunyai anggota-anggota yang
terdiri daripada fon-fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama. Setiap fon
yang menjadi anggota fonem itu dipakai dalam lingkungannya sendiri.
VOKAL
Bunyi vokal Bahasa
Melayu terbahagi kepada tiga, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal
belakang. Kedudukan vokal dalam bahasa Melayu dapat dijelaskan dalam rajah
keratan rentas lidah di bawah.





Keadaan bibir terbahagi
kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan bundar. Dalam bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang
dapat dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, E] dan dua vokal tambahan
dalam dialek Melayu, iaitu [] dan [].
Vokal tergolong dalam bunyi lantang. Ini
kerana semasa menghasilkan bunyi vokal, pita suara digetarkan dan udara yang
dikeluarkan tidak terhalang.
Bunyi Deskripsi Awal Tengah Akhir
[i] hadapan hampar sempit [ikan] [lima] [kaki]
[e] hadapan hampar separuh
sempit [ela] [anje]] [sate]
[]* hadapan hampar separuh luas [la] [bg] [tmp]
[a] hadapan hampar luas [api] [padi] [lupa]
[u] belakang bundar sempit [uli] [gabus] [kaku]
[o] belakang bundar separuh
sempit [om] [buloh] [koko]
[]* belakang bundar separuh luas [ta?] [bs] [brs]
[E] tengah hampar [ma?] [lbah] [bil]
*Bunyi-bunyi [] dan [] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada
bahasa Inggeris, seperti “beg” dan “bos”.
CONTOH DESKRIPSI PENGHASILAN VOKAL
Vokal [i] Vokal ini terhasil apabila bibir dihamparkan,
hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin tanpa menyentuh gusi, anak tekak
dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga hidung untuk
menghalang udara daripada keluar melalui rongga hidung, udara dari paru-paru
keluar melalui rongga tekak ke rongga mulut tanpa sekarang sekatan, dan pita
suara digetarkan. Vokal [i] hadir dalam semua lingkungan, iaitu pada awal,
tengah dan akhir perkataan. Contohnya:
Awal Tengah Akhir
[ibu] [pita] [kiri]
[ipar] [tidur] [jari]
[ikan] [fikir] [lari]
Vokal
[e] Vokal ini terhasil apabila bibir dihamparkan, depan
lidah dinaikkan di bawah kedudukan vokal [i] tanpa menyentuh gigi-gusi, anak
tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menghalang udara keluar
melalui rongga hidung, udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak ke
rongga mulut tanpa sebarang sekatan, dan pita suara digetarkan. Contoh
perkataan adalah seperti yang berikut:
Awal Tengah
Akhir
[ekor] [belo?] [kole]
[ekar] [merah] [tauge]
[elo?] [keko? ] [tauke]
LATIHAN
Deskripsikan
penghasilan bunyi-bunyi vokal yang lain. Lukiskan rajah yang sesuai untuk
menjelaskan lagi deskripsi anda.
FONEM VOKAL SEBUTAN BAKU
Lambang-lambang
bunyi vokal yang digunakan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu:
Rumi-Sebutan-Jawi adalah seperti yang berikut:
Huruf Lambang Keterangan
Rumi Bunyi
a [a] Bunyi
vokal depan luas yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf a. Contohnya:
saya dilafazkan [sa.ya.].
e [é] Bunyi
vokal depan separuh sempit yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf e taling.
Contohnya leher dilafazkan [lé.hér].
[E] Bunyi
vokal depan separuh luas yang tidak dijadikan bunyi yang baku bagi huruf e
taling, tetapi boleh diterima bagi melafazkan beberapa perkataan serapan
yang tertentu daripada bahasa Inggeris atau asing. Contohnya: beg boleh
dilafazkan [bég] atau [bEg]. Lambang rasmi yang digunakan bagi vokal depan
separuh luas ini ialah [].
e [e] Bunyi
vokal tengah yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf e pepet. Contohnya:
segera dilafazkan [se.ge.ra]. Lambang rasmi yang digunakan bagi bunyi vokal
tengah ini ialah [].
i [i] Bunyi
vokal depan sempit yang menjadi bunyi yang baku bagi huruf i. Contohnya:
gigi dilafazkan [gi.gi].
o [o] Bunyi
vokal belakang separuh sempit yang menjadi bunyi baku bagi huruf o.
Contohnya: tolong dilafazkan [to.long].
[O] Bunyi vokal belakang separuh luas yang
tidak dijadikan bunyi yang baku
bagi huruf o, tetapi boleh diterima bagi melafazkan beberapa perkataan
serapan yang tertentu daripada bahasa Inggeris atau asing. Contohnya: kos
boleh dilafazkan [kos] atau [kOs]. Lambang rasmi yang digunakan bagi bunyi
vokal belakang separuh luas ini ialah [].
u [u] Bunyi vokal belakang sempit yang
menjadi bunyi yang baku
bagi huruf u. Contohnya: guru dilafazkan [gu.ru].
~ [~] Lambang
yang menandai bunyi vokal sengau.
HURUF VOKAL
Petikan
daripada Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi.
1. Dalam sistem ejaan Rumi, ada lima
huruf vokal yang digunakan bagi melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal
baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u.
Huruf Fonem Contoh Penggunaan
di
depan di tengah di belakang
a /a/ api padi lusa
e (i) /e/ emas kena sosialisme
(ii) /é/ enak petak tauge
i /i/ itu simpan murni
o /o/ ulang bumi ibu
2. Huruf e digunakan untuk
melambangkan dua fonem vokal, iaitu:
(i) fonem e pepet yang (dalam
buku ini) ditulis secara fonetik [e]; dan
(ii) fonem e taling yang (dalam
buku ini) ditulis secara fonetik [é].
Catatan:
Huruf e pepet dikenal sebagai huruf e bertanda di atas, iaitu é dalam ejaan lama atau
ejaan Rumi Za’ba (sebelum tahun 1972). Tanda diakritik di atas e pepet (é) tidak digunakan lagi
dalam ejaan Rumi sekarang. Contoh
Vokal Bunyi ini terhasil apabila udara yang
dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang
sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan
bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat
dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu tinggi,
separuh tinggi, separuh rendah dan rendah.
Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara dapat dibahagikan
kepada empat juga, iaitu sempit, separuh sempit, separuh
luas dan luas. Manakala bahagian
lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah
seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah).

Keadaan bibir terbahagi kepada tiga
bahagian, iaitu neutral, hampar dan bundar. Dalam bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang
dapat dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, @] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [ε] dan [O].
Vokal tergolong dalam bunyi
sonoran7 (lantang). Ini kerana semasa menghasilkan bunyi vokal, pita
suara digetarkan dan udara yang dikeluarkan tidak terhalang.
Bunyi Awal Tengah Akhir
[i] [ikan] [lima] [kaki]
[e] [ela] [anjeN]] [sate]
[ε]* [εla] [bεg] [tεmpε]
[a] [api] [padi] [lupa]
[u] [uli] [gabus] [kaku]
[o] [om] [buloh] [koko]
[O]* [Ota?] [bOs] [bOrOs]
[@] [@ma?] [l@bah] [ma?w@]

Keadaan Bibir
semasa
menghasilkan vokal Semasa menghasilkan vokal
hadapan, bibir terhampar. belakang, bibir bundar


DIFTONG BAHASA MELAYU

PENGERTIAN
DIFTONG
1. Ab. Rahman, Yap ,
dan Ab. Rahim (1997: 52): “Diftong ialah rentetan dua vokal yang
dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu
puncak kelantangan. Diftong bertindak sebagai satu fonem dan dilambangkan
dengan dua lambang vokal.”
2. Kamus Linguistik (1997: 63): “diftong
(diphthong) Gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku
kata akibat perubahan kedudukan lidah. Contohnya [ai] dalam [pandai] pandai,
dan [au] dalam [pulau] pulau.” (Tanda titik di bawah i dan u tidak dapat ditunjukkan.)
3. Nor Hashimah (1998: 41): “Bunyi diftong
melibatkan dua rentetan vokal yang hadir serentak. Bunyi diftong terhasil
apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagi menggeluncur
ke arah vokal yang mula-mula hadir tanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan.
Ketiadaan puncak kelantangan semasa penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi
tersebut sebagai satu suku kata sahaja. Lambang [ˆ] boleh digunakan untuk menggambarkan diftong.”
Ketiga-tiga
pengertian di atas hampir sama dengan pengertian yang diberikan oleh Daniel
Jones dalam bukunya An Outline of English Phonetics (1972: 58). Dalam
bahasa Inggeris, diftong mungkin ditandai oleh satu huruf seperti dalam
perkataan my atau rentetan huruf seperti dalam perkataan tie.
SENARAI DIFTONG BAHASA MELAYU
[ai] hairan,
pakai, gemalai
[au] aurat, taulan,
kerbau
[oi] amboi, sekoi,
sepoi
ANALISIS FONEM DIFTONG
Teknik pasangan
minimal boleh digunakan untuk menunjukkan rentetan dua unit vokal dalam bahasa
Melayu ialah diftong. Contohnya:
urat - aurat
asing - aising
baka - bakau
bela -
bela
bala - balai
LATIHAN 1
Bagi soalan 1 hingga 3, pilih perkataan yang
mengandungi diftong.
1. (A) air
(B) rai
(C) tua
(D) wau
2. (A) lai
(B) lain
(C) pais
(D) main
3. (A) berbau
(B) berpaut
(C) bersuara
(D) berpulau
4. Perkataan yang berikut
mengandungi diftong kecuali
(A) mulai
(B) pantai
(C) landai
(D) lambai
5. Perkataan yang tidak
mengandungi diftong ialah
(A) mainan
(B) andaian
(C) dodoian
(D) pakaian
6. Dalam bahasa Melayu diftong
(A) berupa rentetan dua vokal
(B) bertindak sebagai dua fonem
(C) terhasil dengan dua hembusan
nafas
(D) mempunyai dua puncak kelantangan
LATIHAN 2
Lukiskan keratan rentas lidah (linguagram)
yang menunjukkan penghasilan diftong [ai].
TUGASAN
Tuliskan tiga pasangan minimal bagi setiap fonem diftong.
DIFTONG
Bunyi diftong bersifat satu suku kata
diftong (diphthong) Gabungan dua bunyi
vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah.
Contohnya, [ai] dalam [pandai]
pandai, dan [au] dalam [pulau] pulau. (1997:62)
diftong lebar (wide diphthong) Diftong yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan
lidah. Contohnya, [ai] dalam [pantai]. (1997:62)
diftong menengah (centering
diphthong) Diftong yang melibatkan kedudukan lidah yang berakhir dengan
vokal [¥]. Contohnya, kata Inggeris [di¥] dear. (1997:62)
diftong meninggi (ascending
diphthong) Diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal kedua.
Contohnya, [i] dalam kata Portugis [pais] negeri.
(1997:62)
diftong menurun (descending diphthong)
Diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama. Contohnya, [ai]
dalam [pandai] pandai. (1997:62)
diftong sempit (narrow diphthong)
Diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah. Contohnya,
[oi] dalam [sepoi]
sepoi. (1997:62)
SEBUTAN
TAMBAHAN
FONEM
alofon
fon (phone) Bunyi bahasa. (1997:74)
fonem (phoneme) Unit terkecil abstrak
yang membezakan makna, jika berdasarkan fungsi. Contohnya, /pala§/ palang dan
/gala§/ galang, /p/ dan /g/ dianggap
dua fonem yang berbeza. (1997:74)
fonem majmuk (compound phoneme)
Gabung fonem vokal dalam satu suku kata. Contohnya, diftong /ay/ sebagai satu
unit fonologi. (1997:74)
fonem penggalan (segmental phoneme)linear
phoneme) Fonem yang terhasil daripada analisis pertuturan kontinum kepada
penggalan yang bererti. Contohnya,
/m/ /a/ /t/ /a/ /§/ matang.
(1997:74)
fonem
suprasegmental (suprasegmental phoneme) Fonem yang berfitur prosodi. Dua istilah
lain bagi fonem suprasegmental ialah fonem prosodi dan fonem sekunder.
(1997:74)
ALAT ARTIKULASI
Ab. Rahman, Yap dan Ab. Rahim
(1997: 35-39), diubahsuai.
Alat artikulasi atau alat
pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran
bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas, iaitu
mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini
saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas
4. Gigi bawah 5. Gusi
6. Lelangit keras
7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Lidah
10. Epiglotis 11. Pita
suara 12. Rongga tekak
13. Rongga hidung 14. Rongga mulut 15. Tenggorok
Rajah 1: Alat artikulasi.
Lidah adalah organ yang paling aktif dan paling berfungsi dalam penghasilan
bunyi. Lidah terbahagi kepada empat bahagian utama, iaitu hujung lidah,
permukaan lidah, tengah lidah, akar lidah. Bahagian-bahagian lidah ini boleh
digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk menyekat
udara yang keluar melalui rongga mulut apabila mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
Bahagian-bahagian lidah ini berfungsi dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, sama
ada vokal hadapan, tengah atau belakang.

Gigi tidak begitu aktif walaupun berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi
bahasa. Fungsinya ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas dari
rongga mulut. Gigi berperanan sebagai daerah penyebutan dalam penghasilan
bunyi-bunyi [t], yang kadang-kadang
bertindih dengan peranan gusi.
Gusi terletak di antara gigi bawah dengan lelangit keras dan berfungsi sebagai
daerah artikulasi. Gusi berperanan penting dalam pengeluaran bunyi seperti [d]
apabila lidah berfungsi membuat penyebutan dengannya.
Rajah 2: Kedudukan Artikulator.
Lelangit terbahagi kepada lelangit keras dan lelangit lembut, Lelangit keras
terletak di antara gusi di bahagian atas rongga mulut dengan lelangit lembut
dan mengisi lebih kurang 2/3 daripada lelangit. Lelangit keras berfungsi
sebagai daerah-daerah artikulasi dalam penghasilan bunyi.
Lelangit lembut merupakan bahagian lelangit yang terbahagi dalam rongga mulut sebelum anak
tekak. Lelangit lembut boleh diturunkan atau dinaikkan untuk menyekat
pengeluaran udara. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang dihasilkan
ialah bunyi sengau. Sebaliknya, jika lelangit dinaikkan, bunyi yang dihasilkan
bukanlah sengau.
Anak tekak terletak di bahagian belakang rongga mulut da berhampiran dengan lelangit
lembut. Fungsi anak tekak sebagai alat pertuturan ialah bersama-sama dengan
lelangit lembut untuk menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan
itu sengau atau tidak.
Nota Tambahan


Depan
lidah berada pada kedudukan tinggi.
Ruangan udara antara lidah
dengan lelangit
sempit.
Bibir Hampar Bibir Bundar


Vokal hadapan
vokal belakang

*
Menurut Raja Mukhtaruddin (1985: 43), dalam bahasa Melayu terdapat dua separuh
vokal [w] dan [y]. Separuh vokal ialah satu geluncuran vokal bebas. Untuk
menghasilkannya, alat-alat itu bermula dengan membentuk satu vokal yang lemah
dan lantas bergerak ke arah satu bunyi lain yang sama ataupun lebih
kelantangannya. Kedudukan vokal pertama itu hanya sekejap sahaja. Bunyi-bunyi
separuh vokal ini dianggap sebagai konsonan kerana sifat geluncuran pantas
bunyi-bunyi itu berserta tekanan pernafasan yang agak lemah.
Latihan
Tuliskan dua pasangan minimal bagi setiap bunyi yang telah
dihuraikan. Unit yang berkontras (berbeza) boleh di awal, di tengah atau di
hujung.
Konsonan
|
Pasangan 1
|
Pasangan 2
|
Letusan [č]
|
ca-ri
|
ba-cang
|
ma-ri
|
ba-lang
|
|
Letusan
[j]
|
ju-ang
|
|
tu-ang
|
|
|
Geseran
[s]
|
|
|
|
|
|
Geseran
[h]
|
|
|
|
|
|
Getaran
[r]
|
|
|
|
|
|
Sisian
[l]
|
|
|
|
|
|
Sengauan
[m]
|
|
|
|
|
|
Sengauan
[n]
|
|
|
|
|
|
Sengauan
[¢]
|
|
|
|
|
|
Sengauan []
|
|
|
|
|
|
Separuh vokal [w]
|
|
|
|
|
|
Separuh vokal [j]
|
|
|
|
|
1.D
ReplyDelete2.D
3.B
4.B
5.B
6.A
7.A
8.D
9.B
10.B
11.C
12.D
13.B
14.C
15.C
16.A
17.A
18.B
19.D
20.B
membantu pemahaman guru dan pelajar
ReplyDelete