Perkaitan hasil pembelajaran dan huraian hasil pembelajaran
Anda telah pun memahami strategi pengajaran dan pembelajaran serta konsep 5P. Dengan kefahaman itu, anda dapat melaksanakannya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Dalam unit ini juga anda akan diberikan input tentang Hasil Pembelajaran (HP) dan Huraian Hasil Pembelajaran (HHP).
Apakah hasil pembelajaran ?
Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum BM bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dapat dicapai dengan mengabungjalinkan Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum
|
Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber dan prosedur pengajaran
|
Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai murid
|
Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Belayu
|
Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
Saya telah pun memahami konsep hasil pembelajaran (HP). Untuk meningkatkan fahaman saya perlu tahu Huraian hasil pembelajaran (HHP).
Apakah huraian hasil pembelajaran?
Huraian hasil pembelajaran ialah pernyataan tentang aras kemahiran secara jelas dan perlu dicapai oleh murid-murid mengikut tahap keupayaan dan kemajuan mereka sama ada pada Aras 1, Aras 2, atau Aras 3. Aras 1 ialah aras paling asas yang harus dicapai oleh semua murid. Aras 2 ialah aras bagi murid yang berpencapaian sederhana manakala Aras 3 ialah aras paling tinggi bagi murid yang berpencapaian cemerlang.
Pemeringkatan kemahiran berdasarkan aras ini sejajar dengan konsep pembelajaran masteri dan membolehkan murid yang cemerlang terus maju tanpa megabaikan murid yang berpencapaian rendah. Apabila murid berupaya mencapai Aras 1, maka mereka boleh meneruskan pembelajaran ke Aras 2 dan seterusnya ke Aras 3. Sekiranya seseorang murid masih tidak berupaya mencapai Aras 1, maka guru hendaklah melatih dan membimbing murid tersebut sehingga mereka menguasai aras tersebut sepenuhnya. Dalam hal ini, penilaian terhadap pencapaian murid bagi setiap aras perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti sama ada murid perlu dibimbing lagi atau beralih ke pelajaran seterusnya.
Sebagai contoh, teliti jadual yang menunjukkan lajur bagi pernyataan hasil pembelajaran dan huraian hasil pembelajaran serta cadangan aktiviti yang bersesuaian.
Huraian Sukatan Bahasa Melayu Tahun 1
Hasil pembelajaran
|
Huraian hasil pembelajaran
|
Cadangan Aktiviti / Nota
|
1.0
|
Aras 1.
i.Menyatakan butiran maklumat asas diri.
ii.Melafazkan ucapan bertatasusila dalam perbualan.
Aras 2
i. Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
|
Menceritakan latar belakang diri sendiri.
Contoh: Saya ada empat orang adik beradik.
Mengucapkan kata yang sesuai dalam perbualan.
Contoh:
Maafkan saya.
|
Kemahiran berbahasa
|
Cadangan aktiviti
Pengajaran dan pembelajaran
|
Huraian Kemahiran
Berbahasa untuk
|
Hasil pembelajaran
|
Saya masih tidak jelas apakah perkaitan Hasil pembelajaran dengan Huraian Hasil Pembelajaran . Untuk memperolehi mklumat yang jelas, teliti contoh penyediaan pakej pembelajaran supaya anda dapat memahami perkaitan antara hasil pembelajaran dengan huraian hasil pembelajaran .
Tarikh :
Masa :
Bil. Murid:
Mata Pelajaran:
Tajuk :
Hasil pembelajaran :
Fokus Utama:
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1
i. Menyatakan butiran maklumat asas diri.
ii. Melafazkan ucapan secara bertatasusila dalam perbualan.
Fokus sampingan
8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1
i. Menulis perkataan dan ayat tunggal yang diberikan dengan cara yang betul dan kemas.
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini pelajar dapat :
i. Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dengan menggunakan bahasa yang gramatis.
ii. Bersoal-jawab tentang sesuatu perkara dengan sopan.
iii. Membina ayat dengan bahasa yang gramatis.
Sistem Bahasa:
· Tatabahasa :
· Kosa kata :
Pengisian Kurikulum:
· Ilmu:
· Nilai:
· Kemahiran Berfikir:
· Kemahiran Belajar:
Bahan Bantu Mengajar
· Gambar, cakera padat, Borang KWLH
Pengetahuan Sedia Ada:
· Murid pernah …….
Langkah/ Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
Langkah 1
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Penutup
|
Catatan Refleksi:
Hasil Pembelajaran dan Huraian Hasil Pembelajaran Dalam HSP BM KBSR
Anda telah memahami hubung kait antara HP dan HHP . Sekarang, fahami pernyataan HP, dan HHP dalam HSP supaya anda memperoleh maklumat yang lebih tepat tentang konsep HP dan HHP.
Contoh HP dan HHP dalam HSP Tahun 1 2003 (semakan)
Hasil pembelajaran
|
Huraian hasil pembelajaran
|
Cadangan Aktiviti /Nota
|
1.0
1.1
1.2
1.3
1.4
2.0
3.0
4.0
|
Aras 1
Aras 2
Aras 3
|
Cadangan aktiviti hendaklah disesuaikan oleh guru dengan objektif ,HP, dan HHP,
|
5.0
5.1
5.2
6.0
7.0
|
Aras 1
Aras 2
Aras 3
| |
8.0
8.1
8.2
9.0
10.0
|
Aras 1
Aras 2
Aras 3
|
Rumusan
Untuk memantapkan pengetahuan anda tentang hubung kait antara HP dengan HHP, sila teliti dan fahamkan rajah yang berikut:
HASIL PEMBELAJARAN
|
HURAIAN HASIL PEMBELAJARAN
| |
Segala pernyataan kemahiran berbahasa yang ditakrifkan daripada objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR
|
Pernyataan tentang aras kemahiran secara jelas dan perlu dicapai oleh murid- murid mengikut tahap keupayaan dan kemajuan mereka sama ada Aras 1, Aras 2 dan Aras 3.
|
No comments:
Post a Comment