Tuesday 19 September 2017

http://cikguamrilbm.blogspot.my/p/kit-maya-mari-memintal.html?m=1

Sunday 24 July 2016

Soalan Latihan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

FONETIK (BAHAGIAN A) 

Jawab semua soalan.



1.            Fonetik dan fonologi merupakan satu bidang dalam kajian ilmu linguistik. Apakah
yang dimaksudkan dengan fonetik.


(A)         Fonetik ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa iaitu mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. 

(B)         Fonetik ialah kajian transmisi signal bunyi daripada penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung.

(C)         Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa iaitu menentukan sIstem bunyi satu-satu bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi.

(D)         Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia yang merangkumi cara pengeluaran, daerah pengeluaran, dan alat-alat pengucapan yang terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa itu.


2.            Fonetik dan fonologi penting dalam kajian ilmu bahasa.

Fonetik dan fonologi penting dipelajari dan dikuasai oleh penutur bahasa Melayu ialah

(A)         fonetik dan fonologi dapat membantu penutur menguasai morfologi dan sintaksis

(B)         fonetik dan fonologi dapat membantu penutur memahami bahasa Melayu dengan lebih mendalam.

(C)       fonetik dan fonologi dapat membantu penutur membezakan kaedah pengeluaran bunyi bahasa mengikut umur.

(D)         fonetik dan fonologi dapat membantu penutur mengetahui sifat-sifat semula jadi, produksi dan persepsi bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan dan  mengetahui fungsi, perlakuan dan organisasi bunyi sebagai item linguistik

3.         Rajah 1 di bawah menunjukkan beberapa alat artikulasi yang menghasilkan bunyi-bunyi bahasa bunyi secara langsung dan tidak  langsung.

           Yang manakah yang berfungsi sebagai alat artikulasi lelangit keras (hard palate, palatum)



(D)
   
 




(B)

(A)



(C)












Rajah 1: Alat-alat artikulasi




4.         Rajah 2 menunjukkan daerah bunyi bahasa.


Yang manakah antara yang berikut yang merupakan daerah  yang menghasilkan
bunyi geseran bibir gigi bersuara konsonan [v] seperti bunyi perkataan
universiti.





                                                                                              
                                         (A)                                                    (B)

                                                                        
                                   (C)                                                  (D)                

                                                  Rajah 2: Daerah Bunyi Bahasa                 








5.         Bunyi huruf vokal bahasa Melayu yang terhasil boleh rendah dan tinggi bergantung pada

(A)         keadaan bibir
(B)         kedudukan lidah
(C)         kedudukan pita suara
(D)         kedudukan lelangit keras

6.         Penyataan yang berikut mengenai huruf diftong kecuali
(A)         Dilafazkan secara berterusan tanpa ada segmen
(B)         Mempunyai ciri geluncuran ketika menghasilkannya
(C)         Gabungan dua huruf vokal yang menghasilkan satu bunyi
(D)         Boleh berada pada semua kedudukan awal, tengah dan akhir perkataan

7.            Pilih senarai perkataan yang terdiri daripada konsonan gandingan.
(A)         skrip, straw, skrol
(B)         skrol, manuskrip, ghaib  
(C)         demokrasi, khusus, syirik
(D)         khasiat, skrip, transformasi





8.         Simbol fonetik yang betul untuk konsonan pinjaman dalam perkataan yang
berikut ialah

(A)         [ fikir ]
(B)         [jakin ]
(C)         [ ĵuĵur ]
(D)         [ surat ]    

9.         Pilih simbol fonetik yang betul untuk konsonan pinjaman bahasa Arab
I.             [ q ]
II.           [ Å‹ ]
III.          [ c ]
IV.         [ Å¡ ]
(A)         I, II dan III sahaja
(B)       I, II dan IV sahaja
(C)       I, III dan IV sahaja
(D)        I, II, III dan IV

10.      Fonem vokal terbahagi kepada_________ jenis.
(A)         dua
(B)         tiga
(C)         empat
(D)         lima

11.      Yang manakah fonem vokal yang tergolong dalam vokal depan?
(A)         [ a ], [ u ], [ o ]

(B)         [ a ], [ i ], [ u ]

(C)         [  i ], [ e ], [ a ]

(D)         [ i ], [ a ], [ É™ ]  

12.      Konsonan letupan dua bibir [ b ] terhasil melalui
I.       bibir dirapatkan
II.    pita suara digetarkan
III. lelangit lembut dinaikkan
IV. udara dari paru-paru tersekat pada bahagian bibir dan dipaksa keluar

(A)      I, II dan III sahaja
(B)      I, II dan IV sahaja
(C)       I, III dan IV sahaja
(D)      I, II, III dan IV

13.      Antara yang berikut, yang manakah bukan fonem diftong bahasa Melayu?
(A)         / ai /
(B)      / ui /
(C)      / au /
(D)      / oi /

14.      Konsonan geseran / s / dan / h / ialah bunyi-bunyi
(A)         Bunyi-bunyi bersuara
(B)         Bunyi-bunyi geseran gigi
(C)        Bunyi-bunyi tidak bersuara
(D)        Bunyi-bunyi konsonan pinjaman

15.      Yang berikut ialah pasangan minimal atau pasangan terkecil yang menunjukkan
perbezaan makna kecuali


(A)         / sapi /                       -           / sÉ™pi /

(B)         / sepak /        -           / sepah /

(C)         / faham /        -           / paham /

(D)         / padang /     -           / ladang /


16.       Hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian tepi lidah.


            Bunyi yang dihasilkan dinamakan

(A)         Konsonan sisian bersuara [ l ]
(B)         Konsonan getaran gigi bersuara [ r ]
(C)        Konsonan geseran gusi tidak bersuara [ s ]
(D)        Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [ g ]



17.      [ # saya pergi ke sekolah adik # ]
            [ # saya pergi ke sekolah # adik # ]

Dua ayat di atas merujuk kepada fungsi jeda sebagai

(A)         Unsur yang boleh membezakan makna
(B)         Unsur suprasegmental dalam bahasa Melayu baku
(C)        Unsur bunyi yang disengaukan daripada arus tuturan
(D)        Unsur yang mempunyai sifat-sifat  bunyi untuk menghasilkan sesuatu
            fonem

18.      Fonem segmental konsonan sengauan terdiri daripada  / m /, / n /, / n / dan / Å‹ /.
Bunyi konsonan sengauan / n / dihasilkan apabila

(A)         Dua bibir dirapatkan
(B)         Hujung lidah dinaikkan ke gusi
(C)        Tengah lidah dinaikkan ke lelangit lembut
(D)        Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut

19.       Kedudukan lidah pada mulanya untuk membunyikan  / u /, kemudian bergerak pada vokal yang lain.

Bunyi ini merujuk kepada bunyi fonem
(A)         / v /
(B)         / y /
(C)        / u /
(D)        / w /
20.      Padanan perkataan yang betul dari segi ejaan dan sebutan kata pinjaman ialah


Ejaan
Sebutan
(A)
Keunikan
[ ke . uni . kan ]
(B)
Akordion
[ a . kor . dion ]
(C)
Teknologi
[ tek . no . lo . ji ]
(D)
Ambulans
[ am . bu . lan . s ]

FONETIK (BAHAGIAN B)
(40 markah)
Jawab semua soalan.


1.         Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Fonem dalam bahasa Melayu terdiri daripada fonem vokal dan fonem konsonan.

a)        Nyatakan empat fonem vokal dalam bahasa Melayu dan berikan satu  
contoh perkataan bagi setiap fonem vokal tersebut.


i.             _____________________________________________________

ii.           _____________________________________________________

iii.          _____________________________________________________

iv.          _____________________________________________________

                                                                                                               (4 markah)
  

(b)       Lengkapkan jadual fonem konsonan di bawah dengan perkataan yang menggunakan fonem konsonan letupan mengikut kedudukannya pada awal, tengah dan akhir perkataan.


           
Fonem
Awal
Tengah
Akhir
/ p /



/ b /



 
                                                                                                               (6 markah)

2.         Dasar umum telah ditetapkan bahawa sebutan baku kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan ejaan, iaitu sebutan menurut perlambangan huruf dan penyukuan kata serta fungsinya dalam ayat.

(a)       Transkripsikan perkataan di bawah berdasarkan sebutan baku bahasa Melayu dengan menggunakan lambang fonetik..

(i)           renggang      =          __________________________________
(ii)         menyanyi      =          __________________________________
(iii)        bersimpuh    =          __________________________________
(iv)        penyejatan    =          __________________________________
(v)         kepompong  =          __________________________________
                                                                                                                          (5 markah)

(b)       Cerakinkan perkataan di bawah berdasarkan penyukuan sebutan bahasa   Melayu yang  betul.

(i)        bendul           =         ____________________________________
                        (ii)       cendawan     =          ____________________________________
                        (iii)      klasik             =          ____________________________________
(iv)         sumbangsih            =          ____________________________________
                        (v)       serunai          =          ____________________________________
                                                                                                                            (5 markah)        




3.         Bahasa Melayu mengalami proses peminjaman bahasa asing untuk memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Sebutan bagi kata pinjaman ini merujuk kepada pedoman umum yang telah ditetapkan.              

(a)       Sebutan  bagi  kata  pinjaman   bahasa   Inggeris   berdasarkan  pedoman  
umum menghendaki setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu.
           
Senaraikan lima perkataan pinjaman bahasa Inggeris yang huruf konsonan /g/ disebutkan sebagai [j] dalam bahasa Inggeris tetapi ditulis /g/ dan disebut [g] dalam bahasa Melayu.


(i)            _________________________________________
(ii)       _________________________________________
(iii)      _________________________________________
(iv)      _________________________________________
(v)       _________________________________________
                                                                                                                   (5 markah)



(b)       Sebutan kata pinjaman dari bahasa Arab tertakluk kepada pedoman umum sebutan kata bahasa Melayu jati dan cara sebutan menurut bunyi asal dalam sumber.


Tulis cara sebutan perkataan yang berikut:
(i)           Saat                =          ______________________________
(ii)         Khurafat        =          ______________________________
(iii)        Tamsil                        =          ______________________________
(iv)        Tayamum      =          ______________________________
(v)         Syarat                        =          ______________________________  
                                                                                                                                 (5 markah)

4          Transkripsikan peribahasa di bawah dengan menggunakan lambang fonetik berdasarkan  bahasa Melayu baku.
i.              Bagai melukut di tepi gantang
____________________________________________________

ii.             Umpama kaca terhempas ke batu
_____________________________________________________


                                                                                                          (10 markah)
FONETIK (BAHAGIAN C)
(40 markah)


Jawab dua soalan sahaja.


1.            Fonem dalam bahasa Melayu terdiri daripada fonem vokal dan fonem konsonan.  


Kenal pasti 6 fonem vokal dan 14 fonem konsonan asli dalam bahasa Melayu, kemudian berikan satu contoh perkataan bagi setiap fonem dan tulis dalam bentuk transkripsi fonemik contoh perkataan tersebut.

                                                                                                                      (20 markah)
















2.            Matlamat pembakuan sebutan dalam Bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara penyebutannya, termasuk kata terbitan.


Tulislah cara penyebutan perkataan terbitan menurut pola pemisah suku kata untuk perkataan-perkataan yang berikut;


Bilangan
Perkataan Terbitan
Penyebutan Perkataan
1
berehat

2
belajar

3
bersyarat

4
tersepit

5
mencantas

6
menyeberang

7
meraut

8
perengus

9
mengairi

10
mengeksportkan

11
mengetengahkan

12
dipersetujui

13
beranggapan

14
menganugerahkan

15
berkemungkinan

16
serangan

17
tunjukkan

18
ingkari

19
gosokan

20
memulau



                                                                                                                               (20 markah)













3.            Pembelajaran fonetik dan fonologi dalam bahasa Melayu membolehkan seseorang itu mengujarkan bunyi-bunyi bahasa berdasarkan ejaan.


Tuliskan semula ayat-ayat di bawah dalam bentuk transkripsi fonemik.


Bahasa dapat menggambarkan pelbagai luahan rasa manusia. Pemidato  mampu menyampaikan pidato yang memukau audien kerana kebijaksanaannya memanfaat dan mengeksploitasikan bahasa.

                                                                                                                     (20 markah)